Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Thursday, December 6, 2012

Cameron Highland

Assalamualaikum...


10 November 2012 ..syifa pertama kali jejak kaki ke cameron highland. Rancangan awal mama nak bawak syifa pergi zoo taiping. Bagi pendedahan kat syifa tentang haiwan-haiwan yang ada kat malaysia ni. nak improve perkembangan EQ kekdahnya. Duk aysik tengok kucing dengan burung je kalau kat rumah. Nanti kang dah besar sikit takut ke binatang masalah pulak kan?? 

Tapi.. bila ajak kakak ipar join sekali, diorang suggest pergi Cameron balik hari pulak. maklumla hari ahad mama dah kerja.. Ok kita ikut je plan mak menakan syifa. Kami bertolak ke cameron dari rumah maknjang syifa pukul 7.00 pagi (konon nak gerak 6.30) sampai dalam tengahari kat cameron. Tapi abang wafi syifa buat drama dah nak sampai dia muntah dalam kereta.. kesian abang mabuk. masa tu syifa duk lena tido..mentang-mentang udara sejuk syok je tido ye.

Besar dah anak mama. setahun sebulan :)

sampai kat sana kita masuk kebun bunga, tengok strawbery, ladang teh x sempat masuk.next time insyaAllah. syifa seronok sangat, sepanjang kat cameron tu tak buat hal pun, ikut je mana mama abah bawak. mama ngan abah suspek sebab cameron sejuk. tu yang syifa suka sangat tu. betul kan? hehehe.

Nanti kalau ada rezeki mama bawak syifa pergi tempat lain pulak ye.. Quality time dengan anak-anak tu kan penting.. Develop IQ n EQ serta motor skills kan? 



Budak suka bunga



pendukung setia syifa..balik je abah ngadu lengan lenguh tau pegang syifa ...

seronok sebab sejukkkk


ok..salin baju nak balik dah..bye2


Nak bawak jugak syifa pergi zoo..mama tengah cari masa..kalau boleh taknak pergi time cuti sekolah..crowded.





p/s : bahagia dengan keluarga kecil ini..





Thursday, May 10, 2012

Kembali Bertamu

Assalamualaikum


Subhanallah lama betul tak buka blog sendiri. Blog orang lain selalu buka..ishh teruk betul sampai kan hari ni baru tahu blogspot ada new features..hahaha.gelak kan diri sendiri kuat-kuat.

Nak buat macamana tuntutan kerja seharian sangat la banyak. Dalam otak banyak benda nak luah dan nak cerita dekat sini tapi tak tercapai dek jemariku nak menaip..simpan kepam dalam otak jela..lama-lama lupa terus..sedih betul.

Petang ni free skit lagipun nak release kejap. baru je siapkan laporan program pelajar, jadi rasa nak berehat kejap. lagipun setiap khamis aku balik pukul 3.30 kejap je lagi dah boleh gomo anak..untung duduk kedah..hehe..

Serius tak tahu nak start dari mana. aku rasa macam dah sesat di blog sendiri.macam baru buat blog semalam.pelan2 kayuh la sue oii..huhu..

Bila tengok stail baru bloggers ni rasa macam mudah skit,semangat skit nak menulis..harapnya betul la sangkaan beta tu..hehe

Owh..anak yang newborn tu dah besar dah..dah 7 bulan berguling merata dah..tak pela nanti kita cerita pasal syifa.

setakat hari ni tu je la nak bagitau :)

layan gambar sekeping dua syok jugak no?? 

ubat stress saya 

tepi la mama nak tengok upin ipin nihhh..

Sekian untuk kali ini.



p/s : naluri keibuaan sangat magik


Tuesday, October 25, 2011

Newborn yang dah tak berapa baru :)




Assalamualaikum..






Entri kali ini cuma nak perkenalkan anak dara aku yang lahir 22/9/2011 hari tu. EDD yang doktor bagi 9/10/2011 tapi dia tak sabar nak tengok dunia, awal 3 minggu dia dah lahir.




Kenapa dia lahir awal ? haaa,sebab baby aku duk tunggang langgang dalam perut. ayat manis dia songsang..haha.Extended Breech, maksudnya kepala dia x engage betul,kepala dia duduk dekat tulang rusuk aku. (kalau nak tahu secara tepatnya,sila google..jangan malas..hehe)




So,pendekkan cerita,aku cakap dengan doktor,aku nak elective ceasarean, aku takut nak tunggu baby pusing duduk elok2. takut tak boleh nak meneran,takut baby distress,macam2 takut lah,lagipun sebab anak sulung, aku takde pengalaman lagi nak meneran ke apa. lebih baik aku ambik elective ceasarean daripada emergency ceasarean yang risikonya lebih tinggi.




Bila kita dah tahu bila baby ni akan dikeluarkan, aku lebih bersedia mental dan fizikal. Manusia ni biasa la kan, takut punya pasal, habis surah aku baca sehari sebelum operation tu.haha.kalau tak,sehari pun nak habis 1 muka quran pun mengah.. manusia, bila dah susah baru nak ingat Allah ketat2..teruk betul aku ni.





Nanti aku cerita macamana keadaan dalam operation room tu eh, aku boleh dengar semua sebab aku ambik bius separuh.sekarang cuma nak tunjuk baby je dulu..








Nursyifa Hakimah binti Shuhaizal


22/9/2011 @ 9 am @ 2.8kg


Hospital Sultanah Nurzahirah Kuala Terengganu







Hot from the oven :)


Hari ni genaplah usia anak ini 40 hari..eh,kiranya aku pun dah merdeka la kan? dah habis pantang la ye dak? nanti aku cerita keadaan dalam operation room pulak. tapi tak janji bila.mungkin esok,lusa atau tahun depan? haha..tengok mood la macam mana.

Bukan untuk apa pun cerita dalam blog ni,nanti aku boleh baca balik,supaya tak lupa perkara2 penting dalam hidup. Anak pun bila dia dah pandai buka dan baca blog ni, dia pun boleh tahu macam mana kita susah payah lahir kan dia.









p/s : tidur malam ku tak seperti dulu dah..habis dah zaman tido lena2 sampai pagi ;)


Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Kali Ini



Assalamualaikum

Belum terlambat rasanya nak mengucapkan selamat berpuasa dan mengimarahkan bulan penuh keberkatan ni. Setahun sekali dia datang dengan menjanjikan bermacam-macam bonus dan ganjaran untuk mereka-mereka yang tahu mengambil peluang.

Jangan kita puasa setakat menahan lapar dan dahaga saja. sungguh tak berbaloi. Ramadhan bulan penuh keberkatan, diawalnya rahmat, ditengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.




Alhamdulillah, tahun ni aku berpuasa dengan membawa baby dalam perut nih. Dah 30 minggu usianya, kalau ikut perhitungan sains, lagi 10 minggu aku bakal disorong ke dalam labor room. ouchhh. tapi itu kata sains, janji Allah tiada siapa yang tahu bila kan? Semoga dipermudahkan urusan kelahiran ini. Amin.

Aku dah pujuk awal-awal baby ni supaya bekerjasama dengan aku, boleh sama-sama berpuasa sepanjang ramadhan ni. Azam tu memang nak puasa penuh sebulan. Selagi mampu, aku cuba puasa. Tapi pagi-pagi tadi dah muntah seround. apa cite?? huhu.. Selagi boleh bertahan, aku tahan. insyaAllah.

Bila kandungan dah besar ni, rasa seronok sangat terutamanya bila baby ni dah pandai respon pada persekitaran dia. Kalau bagi salam, bercakap-cakap dengan dia, mesti die menggeliat sikit, kadang terlebih sampai berpusing.. seronoknya tu Allah sajala yang tahu. Moment paling best adalah bila kita baca Quran, walaupun pada awalnya dia tengah tido, bila kita mengaji,ajak dia dengar sama-sama, mesti ada respon dari baby walaupun dengan satu denyutan. Sungguh indah waktu itu :)

Aku pun dah start buat kiraan gerakan baby sejak minggu lepas, walaupun nurse tak suruh lagi, tapi aku belajar2 buat sendiri je. download carta gerakan baby tu, pastu catat tiap2 hari. Senang nak tengok progress dia. Kalau tunggu nurse dekat Klinik tu suruh, ntah bila la kan? bila puasa ni lagi la kena tengok betul-betul masa gerakan dia. Takut baby lemah, tapi orang kata walaupun kita puasa, kita lapar, baby ok je. kalau dia lapar dia makan la apa yang dibekalkan dalam perut tu.



p/s : ngilu woh bila terpandang gunting dan jarum..huuu

Wednesday, July 27, 2011

Sekadar berkongsi rasa



Assalamualaikum


Hari ni rasa rajin pulak nak jenguk blog kusam ni. nak cerita pasal diri sendiri yang semakin mengembang ke depan ni ha. tengok dari belakang macam biasa je, ce toleh tengok kot depan..hamek kau,perut skit punya menonjol..macam liquid paper pun ada.

Sekarang kandungan dah masuk trimester ke-3 dan secara tepatnya sudah 29 minggu..cepat masa berlalu, rasa macam baru lagi kawen hari tu. Alhamdulillah, kesihatan aku baik je sepanjang mengandung ni, mungkin baby pun turut faham keadaan mama yang jauh dari abah dan keluarga. jadi, tak boleh manja-manja, tak boleh sakit-sakit..

Aku tak sakit belakang, kaki pun belum pernah bengkak lagi. mintak jauh. Pernah sekali kaki aku kejang waktu malam, dalam 5 minit jugak menahan sakit. Tapi itu silap sendiri membiarkan kaki terjuntai waktu tidur dan tak pakai stokin. Sekarang ni, tiap-tiap malam aku pakai stokin dan letak kaki atas bantal nak elakkan kaki kejang dan tak nak bagi badan masuk angin. Alhamdulillah berhasil. Bangun pagi tak perlu lagi menderita perut masuk angin..chewahhh.macam tulis testimonial produk pulak..haha

Hari-hari aku doa semoga baby ni sihat kat dalam. aku takut terbersalin awal. kalau suami ada kat rumah takpela. selalu pujuk-pujuk baby supaya stay dalam perut ni sampai masa due date. Kalau terjadi apa-apa dekat kolej ada jugak kawan-kawan. Tapi kalau malam-malam, kebetulan pulak housemate takde macam mana kan? Mintak dijauhkan dari perkara yang tak diingini. Amin.

Tapi aku percaya bahawa Dia sentiasa melindungi kami. Mana mungkin Allah membebankan hambanya dengan sesuatu yang tak mampu kita tanggung. ye dak?

Semestinya si suami adalah makluk yang paling risau dengan keadaan aku sekarang, kalau dia nak balik ke penang hari ahad tu, mesti terperasan ada sisa-sisa airmata di tubir mata tu.haha.cengeng. Aku faham tahap kerisauan dia tu macam mana. tapi apa aku boleh buat kalau dah Allah tulis takdir hidup kita sekarang begini, mungkin di depan ada sinar kebahagian yang menanti. Kita dah berusaha kan, sekarang kita perlu berdoa dan bertawakal mengharapkan yang terbaik bila baby ni lihat dunia.

Dan aku kena kuat,kalau semua orang risau, aku pun rimas. Bukan aku minta duk berjauhan beratus kilometer macam ni. tapi tuntutan hidup yang memaksa. Aku cuma mengharapkan semangat dari semua orang. Aku taknak sedih2 memikirkan apa yang akan terjadi bila baby ni keluar kalau aku tak dapat pindah. Biar Allah je atur semua. aku dah usaha.bukan ke kalau kita sedih, baby dalam perut turut menerima kesannya kan?

"Jangan bersedih wahai hati. sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Berharaplah pada redha Allah semata-mata"

Pegang kata-kata ni, pasti aku dapat kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang bersama perut yang semakin membesar nih seorang diri 5hari seminggu. Semoga baby kat dalam kuat menghadapi dugaan ni bersama mama. insyaAllah.





Macam ni la rupa baby 29 minggu. Masing-masing tak sama kot. aku rasa kepala baby aku ni ada kat pusat. hehe.. sabtu lepas pun pergi scan kepala dia dekat sebelah pusat aku. Tak sabar nak tengok baby.hehe



p/s : tak tahu lagi jantina baby ni. malu-malu dia nak tunjuk, nak surprise mama n abah la tu :)

Wednesday, May 18, 2011

Aku Terima Nikahnya



Assalamualaikum..

"Aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut itu". haa itu kalimah keramat yang suamiku si ijat lafazkan 5bulan yang lepas. sedar tak sedar dah 5bulan kami disatukan.. Ulang alik penang-johor pun dah 5bulan. malas nak kira kos perjalanan..makan hati..heh..

Alhamdulillah walaupun tiap-tiap minggu ijat ulang alik dari penang ke johor ni, dia tak pernah demam teruk-teruk.tak pernah merungut. cuma letih badan tu biasa la kan.. Memang Allah bagi kekuatan pada dia. Siapa la yang sanggup nak ulang alik sejauh beratus kilometer setiap minggu semata mata nak jumpa isteri.. Aku sangat terharu dengan pengorbanan dia yang satu ni.

Setiap kali datang jumpa aku kat sini, dia akan naik bas Mayang Sari. Boleh dia cakap "2malam tidur dengan Mayang Sari, tidur dengan awak satu malam je". Kenyataan yang pahit untuk ditelan..ecehhh..boleh blah..hahaha.

Dulu kami janji nak selang-selang, ikut turn samada aku balik penang atau dia ke johor. tapi bila dah Allah bagi rezeki mengandung awal ni, agak bahaya untuk aku naik bas. Takut apa2 jadi pada kandungan. Sebualn je kot kami sempat selang2 ikut turn. So, terpaksalah ijat sorang je yang ulang alik. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu sayang. Menjaga isteri adalah satu ibadah dan jihad kan?

Oleh kerana hari ni 18hb, genap usia perkahwinan kami 5 bulan, aku reverse sket la eh..



Baju putih suci murni ni sah-sah la majlis nikah kan? Kami nikah kat surau dekat rumah aku je.. senang nak handle sebab aku buat majlis nikah dengan kenduri hari yang sama. Hajat zaman kanak2 dulu tercapai tu, nak nikah dekat surau nih..hehe.. kecik2 pun dah low profile, tak mengidam buat majlis grand2..heh, sedar diri kat mana tahap kemampuan aku..

Tok Kadi memang sempoi habis la, khutbah pendek je. pastu siap letak skrip kat depan ijat, senang sungguh.cuma baca je apa yang dia tulis tu.. Tok Kadi tu pun tak salam dengan ijat pun masa nak akad tuh, sedar2 aku dengar ijat cakap " Aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut itu" hah..simple kan? pastu tok kadi cakap "Alhamdulillah sah" dan terus baca doa.. Semoga Allah mudahkan jalan hidup kami seperti Dia mudahkan urusan ijab dan Qabul kami. Aminnn.



Lepas zohor, rombongan ijat datang. Petang Alhamdulillah tak hujan, jadi sempatla ambil outdoor sekeping dua kat pantai belakang rumah aku tu. Musim hujan, ombak sikit punya kuat. ambil gambar pun cepat2 takut hujan, tapi sampai ke malam tak hujan.. Syukur sangat walaupun bulan 12 musim tengkujuh, tapi masa majlis tu cuma mendung dan hujan sekejap sekejap je.



Baju kuning ni masa majlis sebelah ijat seminggu lepas majlis aku. Cuaca pun elok, panas terik. Penat tak payah cerita la kan. terutamanya bila majlis belah ijat tu, kemain penat lagi sampai takde mood la nak buat outdoor. Lagipun kawan2 ijat tak putus2 datang sampai ke petang. jadi kami decide nak layan kawan2 daripada tinggalkan majlis pergi outdoor.. tak sampai hati kawan2 datang dari jauh tapi kita takde kan?


Selamat la segalanya. sekarang menghitung hari tunggu baby dalam perut ni keluar pulak.
Doakan yang terbaik untuk kami yep.





P/S : Bila tengok muka ijat, boleh la pinjam tagline jambu sat..Muka legend tapi hati cute..ngeh ngeh ngeh





Thursday, April 28, 2011

Empat bulan ditinggalkan

Bismillahirrahmanirrohim....Assalamualaikum


Hah ambik, tak pernah2 tulis bismillah mula-mula ayat.. bukan apa, aku rasa dah sesat jauh sangat ni.. 4 bulan blog ni diprivatekan atas sebab2 mencari diri sendiri dan mencari alasan kukuh untuk terus menulis di sini..

Apa tujuan kau buat blog ni?

Itulah soalan yang sentiasa berlegar-legar dalam kepala ni.

Mula-mula dulu buat blog sebab suka nak luahkan apa yang terbuku kat hati ni. Sebabnya aku rasa aku tak perlu telan judgement orang bila kita luah direct dekat manusia yang ada macam2 pendapat dan andaian ni. Pendapat yang mungkin tak membantu malah menyakitkan hati lagi adalah.

Kalau tulis dekat blog, orang nak judge kata2 kita kat belakang, kita tak tahu. Mungkin tak menyakitkan hati sangat. mungkin. Dan kita bebas bercakap apa sahaja di sini. betul kan. dan yang penting tak melalui penilaian orang lain. Ko faham? aku dah tak berapa nak faham apa yang aku tulis ni..hahaha

Baiklah. Setiap kali aku nak buka balik blog ni, macam ada 2 sisi yang bercakap dalam diri ni.

Satu sisi kata :

Tak payah la tulis-tulis dekat blog. apa2 perkara yang kau alami dalam hidup sehari-hari kau, kongsi dengan suami dan kawan-kawan terdekat cukup la. tak perlu kau nak gebang kat seantero dunia kisah hidup kau tuh. Kisah kau bukan istimewa sangat sampai orang nak baca dan jadikan pedoman dalam hidup mereka.

Kau kerja 8am - 5pm. kau ada tanggungjawab, komitmen yang kena galas hari2. bila kau ngadap blog, kerja kau semua tertangguh. Berkat ke gaji yang kau dapat tu?

Bila sisi ni menerjah minda aku, aku terus tutup balik blog ni. cuba lupakan walaupun hakikatnya rindu nak menulis. serius rindu.

Bila satu sisi lagi menyokong :

Tulis la sikit2 pasal hidup kau walaupun tak hari-hari kau menulis. sekurang-kurangnya, bila kau lupa tentang sesuatu, kau boleh buka blog ni, tengok balik kenangan2 dulu. otak tua kau tu tak mampu pun nak ingat semua perkara yang berlaku. jadi kau kena dokumen kan. inilah cara paling mudah.

Kau kena ingat, nanti bila kau ada zuriat, dia boleh baca jugak pengalaman ibu dia, dari kau bujang sampai la anak kau mampu membaca isi blog ni. kau tak rasa benda tu suatu yang berharga ke? anak2 baca balik macam mana susahnya kau memberikan satu kehidupan pada mereka.

Pasal komitmen kerja kau, kau ada broadband, boleh menulis kat rumah. tak pun kau boleh tulis kat word dulu, dekat ofis kau cuma perlu copy dan paste sahaja kat blog ni. Jadi kau tak perlu ambil masa kerja kau mengadap blog ni kan?


Baiklah, so sekarang aku cuba. kalau tak mampu nak buat, aku privatekan balik.. blog aku, suka hati lah nak buat apa pun kan??

Tunggulah next post. nak buat next post kena pakai gear reverse ni.. huhuhu



P/S : Bukan senang nak cari kekuatan menulis balik ni. Bila fikir pasal anak, terus ada kekuatan.heh