Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Monday, March 29, 2010

Sketsa Teruna dan Dara Take 1

Ni tak habis-habis pasal handphone.Kalau rasa meluat sila jalan itik jauh-jauh dari blog aku ok? :D

Ni perbualan antara aku dan dia lepas puas 1 hari dia mencari hp yang aku nak sangat tu..Murah je hp tu tapi aku nak sangat hp yang sama.malas nak fikir model2 lain.

:
:
:

I : Yang, handphone yang u nak tu dah tak keluar warna merah,model lama kan? ada warna hitam ngan silver je.hitam ok jugak abang tengok.

S : Memang la dah takde warna merah,sebab tu sue suruh abang tolong carikan dekat sana kot2 ada yang terselit sebiji dua.Kalau nak hitam kat sini pun ada.

I : ok2,kita tunggu esok sebab cina tu janji nak kol mane ntah nak tanya ada lagi ke tak warna merah tu. Esok abang pergi tanya lagi k??

S : ok tq.(senyum sampai telinga kau :D)

I : Tapi kan handphone tu lebar je,berat pulak tu,apa kata cari model lain yang slim sikit,lain sikit ke,kenapa nak yang sama jugak? Kan banyak lagi model baru yang canggih-canggih?

S : Tak ada feel la nak pakai hp lain. Kalau takde sangat baru la cari lain,kita usaha la dulu ye?

I : ok lah, pelik la taste awak ni,yang lebar-lebar je semua eh,nanti dah susah nak pegang.

S : Alaaa.buat ape abang nak pelik dengan taste sue ni. Abang pun lebar ape??? hahaha.(aku gelak sambil guling-gulung x hengat)

I : Yelah2.Assalamualaikum.Bye. Handphone tu cari sendiri ye.

S : errrr, abanggggggg....:(

Dulu & Sekarang

Dulu..

Masa kecik2 selalu main cikgu-cikgu,adik-adik aku jadi anak murid. Habis buku-buku lama aku tanda,cikgu kan,kena lah tanda buku anak murid.

Siap ambik duit dalam poket seluar ayah buat beli pen merah tu,nak bagi nampak real macam cikgu.hehe.

Habis kitab ayah aku,buku 555 mak aku, aku pegi tanda siap bagi bintang lagi.hahaha.Gigihnya aku main cikgu-cikgu.

Tak cukup dengan tu,rotan ayah aku pun aku ambik kepit celah ketiak,cermin mata mak aku pun aku pakai.Cermin mata besar dari muka pun aku peduli ape,janji nampak macam cikgu.heh.


Sekarang..


Nah kau,dah jadi cikgu betul-betul.dapat anak murid super duper hyper tak hengat. Adik aku pun tak hyper macam diorang ni.

Pen merah masih ada,sama macam zaman berangan dulu,buat tanda kertas jawapan mereka ni.Bukan tanda la,pangkah jawapan diorang.haha.

Dah tak perlu tanda kitab ayah aku lagi,kertas jawapan dorang ni bertimbun atas meja aku,dah tak larat nak bagi bintang. Nak menanda pun fikir 17 kali.huh.

Sekarang aku tak kepit rotan pergi kelas,kalau kepit rotan pergi kelas zaman sekarang ni,mau mak ayah anak murid aku kepit aku kat celah ketiak dorang,oh tak sanggp.

Cermin mata??? hahaha,tulah agaknya dulu selalu ambil pakai cermin mata besar mak aku,nah sampai sekarang pun aku pakai cermin mata.padan muka kau sue. T_T






Dulu..ada dua handphone
Sekarang..ada satu je ;)..abangggg cepatla carikan hp merah tu balik.

Thursday, March 25, 2010

Malang Betul

Hari ni dapat gaji..yeayyyy..rasa macam dah lama takde duit banyak-banyak dalam bank..mane tak nye dah bulan lepas dapat gaji awal sangat.dapat cepat habis cepat.normal la tu :)


Tapi,handphone pulak rosak,buat hal sungguh la,macam tau2 je kan,sebelum gaji taknak pulak rosak..haishhh,saja je nak suruh aku beli baru.aku beli blueberry kan baru tau,eh eh blackberry la. Tapi tak mampu,nanti kena puasa sebulan,oh tak boleh macam tu :P

nak beli yang sama boleh tak?



Tunang aku cakap " Biarlah kita nampak hina pada mata manusia,jangan kita nampak hina pada mata Allah" T_T .Ada kaitan ke dengan handphone rosak?? takde la,saja je nak letak sini,supaya aku tak lupa kata-kata tu.

Tuesday, March 23, 2010

Nasib la dapat tunang macam ni..

Hari ni birthday tunang aku yang terchenta..ceitt :P. Tapi aku baru wish pagi tadi sebab semalam aku bantai tidur tak sedar diri..hahaha.nasib baik tak ada simptom2 merajuk pada diri incik tunang.i love u lah.sempoii.

Nasib la kan dapat tunang cam aku yang ntah ape-ape ni..Bukan sengaja tau, aku dah tak mampu nak tunggu sampai pukul 12. Sebelum tu dah sembang-sembang tapi saja la tak wish dulu konon-konon nanti call pukul 12 baru wish..tertido pulakkk..adehhhh.

Musykil jugak, aku dah set alarm tapi tak bunyi,reminder birthday pun tak bunyi jugak ..hurm,dan yang best nye ialah.


;)


Hari ni jugak ialah ANNIVERSARY gedik2 kami yang ke-2..pon tak wish :(

Tapi takpe.Nah untuk incik tunang tersayang,

:
:
:



xoxo :)




Bagi kad je la,tunang aku senang nak digula2 kan..hehe.aku bagi kad raya pun boleh nangis, Kalo dapat kad ni tak tau la cmne kan?? Mungkin tadah baldi tepi katil kot.hahaha.melampau pulak.. Bagi yang tradisional je ye,lebih terkesan di hati,nampak kesungguhan kita dan yang paling penting boleh baca bila-bila sahaja,tak perlu lah nak ada internet baru boleh baca..hehe..lagi satu, cucu cicit pun boleh baca tau :P

Happy 25th birthday my dear and happy 2nd anniversary..bulan depan la celebrate secara pukal ye,hehe..

Friday, March 19, 2010

Tak Datang Bulan?

Haaa,menggelabah tak kalau kita yang period normal tiap-tiap bulan tiba-tiba tak datang bulan? mesti ada rasa pelik kan? badan pun rasa tak sedap je.

Benda ni jadi kat aku. Biasanya aku period awal bulan,mesti dalam minggu pertama dah period.Tapi bulan ni,aku tunggu punya tunggu tak datang-datang pun.Perut dah rasa lain macam dah. Aku fikir-fikir jugak la kenapa tak period.

Nak kata penat,aku bukan bersukan pun,setakat buat kerja-kerja pejabat tak kan ganggu kitaran kan?

Tuala Wanita???

Ni aku bagi info sikit.aku pun baru tau jugak.hehe.

Tuala Wanita yang ada dekat pasaran diperbuat daripada habuk kayu ok? ye,habuk kayu bukan kapas tau.korang bayangkan macam mana habuk kayu yang warna coklat tu dia lunturkan sampai jadi putih. Tak tahu lah berapa lori peluntur dan bahan kimia yang dorang gunakan.

Dah tau macam tu,aku tukar pakai bio sanitary pad yang kak iena promote,banyak kebaikan katanya, aku cuba pakai la bulan lepas. Tak sempat mengadu dekat tuan promote lagi pasal aku tak period ni, dia dah tanya aku dulu dah period ke belum.

Masa tu baru terbongkar cerita memang betul la pad tu onar nya,heh. Baru aku tahu bio sanitary pad tu,pad ni ada herba tau,kalau pakai rasa berangin je.heh. Pad ni perbetulkan aku punya peredaran darah,kalau kita pakai pad ni takde kesan sampingan maksud dia kita takde penyakit.Kalo kita pakai ada kesan sampingan contohnya tumbuh jerawat batu ke,kita rasa gatal-gatal ke,makna nya adalah yang tak kena pada badan kita ni.

Kesihatan dalaman kena jaga beb.sakit dalam tak nampak,kalau luka-luka kat luar kita nampak kan?





Kalau sape-sape nak tahu pasal pad herba ni boleh tengok website..oh lupa.pad ni daripada AVAIL. pernah dengar tak? Klik sini kalau nak tahu banyak lagi kebaikan pad ni.

Aku dah rasa banyak perubahan walaupun baru 2 bulan guna. Dulu senggugut sakit giler,sekarang ni dah kurang.adala rasa sakit lagi tapi derita dia tak teruk macam sebelum ni lah.
Pad ni pun kalau kita lambat tukar ok je,takde la rasa tak selesa atau gatal-gatal tu.



kak iena,sila promote sendiri pulak ye :)

Monday, March 15, 2010

Kekasih Lama Muncul Kembali

Tajuk tak boleh blah :)

aku tak faham la kenapa sekarang kau datang cari aku. Sekarang baru nak cakap "i sayang u lagi" blah la weii, dulu masa aku tengah meroyan,kusut masai, kau seronok-seronok je dengan perempuan tak siap tu. Tak peduli pun apa jadi kat aku. Skarang bila dah ada sang putera terlebih lemak datang pinang aku,kau pulak nak jiwang-jiwang besi karat datang kat aku.pooodah.

Dah 2 tahun kau tak muncul, tiba-tiba pulak ganggu tido aku dengan ayat tak boleh blah kau tuh, sorry la aku nak cair, takde maknanye dah,kalau kau letak BMW sebijik kat depan rumah aku pun aku tak layan la weii.huh.

haaa,tengok kat bawah tu bukti sang putera terlebih lemak aku bawak rombongan hijau dia datang pinang aku, yelah pinang aku,tak kan pinang mak aku kot.

Rombongan hijau datang menyerang :)




Thursday, March 11, 2010

Wahai Pelajar Sekelian

Tarik nafas dalam-dalam....hembus..tarik lagi..hembus..huh.

Darah Tinggi? Ye, aku akan kena darah tinggi dalam usia muda jelita ni kalau hari-hari aku mengadap pelajar-pelajar yang very the hyper ni tau :(. Sangat hyper ok,jenis tak boleh duduk diam,suka kacau kawan-kawan buat kerja,kerja kau apa? meniru je pandai.

aku bagi kau buat assingment bersantai-santai dekat library.kenapa library?? sebab selesa.nah! baik punya pensyarah kan tak nak anak murid tak selesa buat kerja dekat lab yang suhu tahap ketuhar gelombang micro tu.

Tapi apa balasan yang aku dapat? kau buat sepah dekat library, berborak pasal bola macam tengah duduk bersantai kat kedai kopi, berlari main kejar-kejar,main sembunyi-sembunyi dekat celah rak-rak buku.korang ni umur berapa hah? kenapa perangai macam budak tadika??

Tolongla.Tolong ok.Kamu semua umur dah 20/21 tahun,bukan 2 tahun setengah nak berperangai macam tu ok??

Aku pun dah tak larat nak marah-marah,sekali marah sesaat kau diam,pastu bising lagi,bising lagi,memang kamu semua ni penternak tahi telinga yang berjaya la.bravo bravo.

Kalau nak pukul,nanti tak pasal-pasal mak ayah kau datang marah-marah aku,kalau nak dinasihat, masuk telinga kanan,berdezuppp keluar kot telinga kiri, nak dimarah sejuta kali pun kau buat pekak je,baik tak payah.

Esok-esok aku sambung lagi. Bukan setakat boleh kena darah tinggi, boleh menopaus awal la kalau macam ni hari-hari.

Monday, March 8, 2010

RM 100 dan Harga Diri

Ini ada satu kisah yang boleh kita jadikan panduan. Ia berlaku ketika satu sesi motivasi.

Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit
RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada
50 orang pesertanya.
"Siapa nak duit ni?” tanya Prof Ibrahim. Semua peserta mengangkat tangan. Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu."

Prof. Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya :
"Ada sesiapa yang nak duit ni lagi". Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.
"OK, apa kata kalau saya buat macam ni?". Duit RM100 itu dicampakkan dan ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya. Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?", tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan. "Haa..apa yangboleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?", tanya Prof. Ibrahim

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof Ibrahim.

"Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak," kata Prof. Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan
suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tapi walau apa pun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi. Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita..." jelas prof Ibrahim.

haaa biar aku ulang lagi ek, HARGA DIRI KITA BUKAN DATANG DARIPADA APA YANG KITA LAKUKAN ATAU SIAPA YANG KITA KENAL, TAPI SIAPA SEBENARNYA KITA..hurm,kesimpulannya percaya pada diri sendiri, jangan dengar cakap orang,buat apa yang kamu rasa betul ok?? Kita semua sangat bernilai pada orang yang sayang kita,abaikan mereka-mereka yang suka bercakap-cakap itu ini konon mereka tu perfect lah sangat..Sebab bukan mereka yang memberi kita sesuap nasi.kan? :)

Thursday, March 4, 2010

Derma Darah

Semalam kat kolej aku ada buat program derma darah.Pasukan drakula dari hospital muar datang untuk ambil darah kami.hehe.haaa,aku pun ape lagi dengan tekad dan keazaman yang menggunung tinggi,aku serah diri la kali ni.maklumla program yang lepas-lepas aku tukang tengok je,takde keberanian nak berhadapan dengan si halus tu a.k.a jarum :)

Tapi yang pasti aku tak akan pergi menyerah diri sorang-sorang la,aku post kat facebook ajak semua kawan-kawan join.ada la dua tiga ketul yang turun.takpe takpe janji ada kawan.malu weiii kat student,so kena berlagak berani la kan walaupon tangan aku sejuk gile.heh,

Masa isi borang tu aku siap cakap kat member aku,aku macam takleh derma darah, darah dah beku sebab tangan aku sangat sejuk..hahaha baiknye teori kan? Betul la kan?? Kalo air letak dalam peti ais leh beku,darah aku pon sama la kan? (^-~)

Lepas tu dengan rasa bangga nya aku potong Q untuk cek berat dan cek kandungan darah samaada selamat atau tak untuk disedekahkan pada yang memerlukan.eceh. aku pun naik la atas penimbang digital kepunyaan kakak drakula dari hospital Muar tu.dengan disaksikan oleh pelajar-pelajar aku,berat yang tertera ialah 48kg.haaaa,bangga je muka aku terutamanya bila kakak tu kata “comelnye berat 48kg je” :D. Aku tak bangga ok? Pipi aku semakin chubby,badan cekeding .dah macam alien korang tau?

Lepas cek berat, cek darah pulak,dia cucuk hujung jari aku nak ambil sample,errr part ni tak best nak cite :(. Kakak tu cakap darah aku cair,bila dia cek kat mesin hape ntah name tu,memang sah aku tak boleh derma sebab angka kat mesin tu tunjuk kepekatan darah aku 12.3 je.yang paling minimun ialah 12.5.alaa.tak significant pun amaun tu kan? Tapi apa boleh buat,terkubur di situ jela niat suci murni aku (^-^) .

Tengok la gambar-gambar kat bawah ni,sudahnya aku jadi cameraman jela..derma jugak tu kan? Derma memory handphone.heh.ada la daripada takde :)


~muka semangat~

~pucat amier dah tak nampak sebab tinted..haha~


~darah dia sangat pekat.huh.jeles~

Tuesday, March 2, 2010

Jiwa oh Jiwa

Lately,aku tak tau kenapa aku rasa jiwa ni kosong sangat..cuba-cuba dekatkan diri pada yang Esa agar aku dapat ketenangan dan kebahagiaan.tapi,masalahnya aku tak tahu nak mula dari mana,aku tak tahu nak buat apa dulu..haishhhh,kacaunye jiwa ni ;(.

Ya Allah,kalau ini yang terbaik untukku aku terima.aku yakin dan pasti akan sentiasa ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku.berikan aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang,tabahkan hatiku untuk aku meneruskan kelangsungan hidup di bumi pinjaman Mu ini. Aminn..

Quote kat bawah ni kawan aku bagi kat aku..tiap-tiap hari mesti ada je offline message dari kawan aku ni.bagus orangnye.mengingatkan aku pada sang pencipta yang agung.

~Bila hatimu ceria, itu telah meletakkan dirimu dlm kebahagiaan.Namun perlulah sentiasa berjaga2 kerna setiap sesuatu didunia ini takkan kekal walaupun saat2 bahagia sekalipun..Oleh itu, gunakanlah saat itu sebaik mungkin, kerna kita pasti tidak akan dpt menyentuh 2 kali air sungai yg mengalir yg sudah berlalu dan ia takkan kembali semula..Letakkanlah jiwamu dlm kebahagiaan dan hatimu dlm kesyukuran~