Selamat hari isnin semua, Semoga tidak dilanda Monday Blues :)
Sabtu baru-baru ni aku join kursus jahitan manik.Minat jugak dengan manik ni, Lagi satu,daripada aku duduk rumah ngadap cerita korea dari 8.30 sampai 2.30, baik aku join kursus ni, dapatla jugak ilmu sket kan. Tengok cerita korea setiap minggu pun,cakap korea tak pandai jugak.
Sebelum join kursus ni, aku pernah try jahit manik pada baju sendiri,kat bawah ni hasilnya sebelum join kursus.
jangan tertipu lagi, bunga pink tu memang dah siap,cuma jahit pada baju je.
pun senang kan?
Haa,yang atas ni aku belajar dari buku dan tanya kawan aku je macam mana nak jahit.
Then,bila dah masuk kelas sabtu lepas, baru la dapat teknik yang betul nak menjahit. Takdela aku main taram ikut suka hati je nak jahit macam mana kan.
cikgu lya tengah tunjuk cara tu,tengok betul-betul :P
ni bahan yang disediakan
Yuran pun baru RM 30 sehari untuk bahan dan makan. Dia bagi kita kain untuk jahit manik,kain hitam alas manik,jarum, 2 3 jenis manik dan labuci.
mula-mula belajar atas kain kosong dulu ye
Ini antara yang aku try la. Sila abaikan yang tunggang langgang tu ye, dah nama pun belajar kan?
Banyak pattern jugak la yang diajar. Aku buat yang senang-senang je, yang aku rasa boleh jahit pada baju. Kalau bunga besar gabak tu,setakat belajar jela. Nak letak dekat baju tak la kot.
sila cakap cantik.haha
Ini aku buat malam lepas balik dari kelas jahitan manik tu.Guna je manik yang ada kat rumah. Buat sebelah lengan je sebab tak cukup manik ;)
Kalau kamu semua ada kesempatan dan minat, try la jahit ye, Memang rumit sikit tapi bila tengok hasil tu kita akan rasa puas. Sekarang hantar tempah pun dah mahal kan? Dapat jahit untuk baju sendiri cukup la.
Untuk permulaan,korang boleh belajar dengan buku ataupun tengok tutorial kat internet pun ada.
Aku prefer jahit manik daripada labuci. Korang cmne? Try la ye.eceh,macam promote plak. Uishhh,kalau pandai dan kreatif boleh buat bisnes ko.hehe.
semangat2...bagus2...
ReplyDeletesaya suke..dan nk try jahit manik..
ReplyDeletetp xtau cemana nk mula..