Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Friday, May 21, 2010

Budak-budak Tak Pandai Bohong.

Salam.

Memang betul la cakap orang masa mencemburui kita, bukan masa je, kerja-kerja seharian pun turut mencemburui kita, tak bagi peluang langsung untuk aku bagi makan blog ni..haishhh..

Hari ni,aku nak update cerita ahad lepas,tengokk,cerita dah basi baru nak letak sini. Takpe la kan,adala daripada takde langsung.

Sepanjang minggu lepas dan minggu ni, perpustakaan ada buat Program Seronoknya ke Perpustakaan. Macam-macam aktiviti ada melibatkan pelajar,pensyarah dan anak-anak kakitangan.

Ahad lepas,ada pertandingan mewarna dan bercerita khas untuk anak-anak kakitangan.

Macam-macam ragam dan peel ada. Budak biasala kan,cepat boring dengan sesuatu benda. Jom-jom tengok gambar sepanjang aktiviti tu.

Aku tukang jadi juri dengan housemate aku pada hari kejadian. Tolong kawan-kawan sementara bujang ni..Eyp,dah kawin nanti dah tak boleh tolong kawan ke?? Kalau dah kawin mesti keinginan nak berkepit dengan suami tu lagi melimpah ruah kan?? (macam air pulak melimpah ruah) hehe..

Merepek pulak dia ni, layan la gambar-gambar kat bawah ni ye :)



suke tengok adik beradik ni, 5 beradik woh masuk bertanding,bolot semua hadiah :)



awal-awal semua tekun,tak sampai dua minit, ada yang nak surrender.sabar ajelah.



is yang sentiasa perlukan sokongan,kalau tak,dia taknak kaler.penat katenye.huhu







berkat mewarna atas lantai,menang jugak :)




dah semua mewarna atas lantai...




adakah amalan kronism wujud di sini?? tak tak :)




daaannnn,kami lah yang paling pandai mewarna ketika itu :)


ni antara yang bercerita..erkk,yang baju hijau tu bukan peserta :D



adik beradik menguasai pentas..hehe


yeayyy,semua dapat hadiah..juri je tak dapat ape-ape (^_~)



Cukup la sampai sini, ni dah boleh masuk kategori Bumper Edisi Gambarajah..hehe.. entri paling banyak gambar rasanya. Banyak lagi program sepanjang minggu ni tapi takde gambar macam tak best pulak nak bercerita..hoho..


Sekian :)




No comments:

Post a Comment