Semalam aku ambil mc.Nape? demam ke? tak la,mana ada demam,saja cuti sebab dah dapat hp baru.ok aku tipu je :D. Gigi bongsu aku buat hal la,bengkak berdarah-darah,berdenyut denyut.haishhh.
Lagi satu aku batuk dah sebulan tak hilang-hilang,risau pun ada takut-takut ada jangkitan kat paru-paru ke kan? Mintak Jauh.
Batuk sebulan aku boleh tahan, tapi bab Mak aku dengan tunang aku hari-hari duk membebel aku dah tak boleh tahan. Kang tak pasal-pasal dapat penyakit lain. Telinga bernanah, mungkin.
So,semalam terpaksa batalkan 5jam kelas.Kang kalau pergi kelas tak best pulak nak bercakap dengan gusi bengkak ni. Jenuh la aku nak ganti kelas tu.huhu.
Pergi klinik, gigi tak boleh buat apa sebab tengah bengkak, Jumpa doktor minta doktor tu suluh tekak aku, ada gorgon apa kat dalam tekak tu sampai sebulan batuk tak hilang?
Doktor tu cakap takde apa kat kerongkong awak,mungkin ada jangkitan lain.doktor tu kata lagi,sepatutnya kalau batuk lebih dari 2minggu kena x-ray.gulp.
Doktor tu bagi ubat je sebab klinik dia takde x-ray. Huyung hayang aku makan ubat batuk dia, Giler mengantuk,menggigil tubuh aku. Memang kuat la ubat tu.haishh.Aku makan sekali je ubat batuk pil tu.haha.makan antibiotik dengan ubat tahan gatal tekak je.
Klinik Yakin ok? So,kita kena lah yakin dengan ubat yang dia bagi akan menyembuhkan segala sakit kita,walaupun kita hanya makan sebiji sahaja ubat yang dia bagi.hahaha. yakin yakin.
Hujung minggu baru boleh pergi cek gigi :)