Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Thursday, September 23, 2010

Album Raya 2010

Belum terlambat rasanya kalau aku nak ucapkan Salam Aidlfitri untuk semua. Pasti semua masih sibuk kira nak pergi beraya ke rumah siapa lagi kan? aku pun sama.hiks. Rumah sendiri tak pulak selak langsir jemput orang datang. Alasan cliche *bujang lagi* .heh


Nah ambik se das cover album raya 2010

ok tipu je. ni raya ke2 dah.


Aku boleh lupa pulak nak bergambar sakan dengan family masa pagi raya tu. Agak sakit hati bila terfikir pasal tu.

Takpelah, aku seronok tengok kawan2 upload gambar raya mereka kat Facebook. Boleh la tengok kemeriahan keluarga masing2 beraya dengan baju tema yang cantik2 belaka..

Tema baju raya keluarga aku tahun ni : WARNA WARNI DI AIDILFITRI :D. main belasah je pakai ikut dan.

Tahun ni memang tak beraya ke mana sangat pun. Mak aku kan sakit. Jadinya kami memang tunggu orang datang rumah je. Hah, memang tak berhenti la aku buat air dari raya pertama sampai aku balik ke Tangkak. Berhenti pun bila aku cabut pergi kenduri je.

**********


Raya keempat kawan sekolah aku kawen. Dah macam reunion sekolah la jawabnya.


Gambar dicilok dari Facebook Apih :)

Lepas tu, raya ke berapa ntah kawan aku satu sekolah jugak bertunang, aku kalau orang ajak makan memang tak tolak kalo takde hal lain. Jap2 aku cari gambar bukti kejadian :)


kalau aku lah yang tukang postmortem gambar, memang huduh.

**********

Habis sudah cerita raya, kembali ke sekolah a.k.a kolej, kami atau aku sebenarnya yang lambat tahu ni, telah dikejutkan dengan berita sedih. Sorang pelajar semester 4 telah meninggal masa hari raya kelima. Kemalangan dengan lori kata kawan2 dia.

Aku terasa kehilangan jugak sebab arwah tu salah seorang student kelas matematik aku. Kelas dia tak ramai, ada 4orang je. sekarang dah tinggal 3 je. arwah tu baik budaknya, dalam kelas pun dengar kata.



ni masa arwah menang pertandingan sajak

*semoga roh nya dicucuri rahmat*



P/S : biasa orang yang baik2 ni pergi dulu. Allah sayang.

4 comments:

  1. selamat hari raya sue..semoga emak cepat sembuh..tahun terakhir beraya sebagai org bujang yer...
    sedihkan ..budak tu memang baik..n sporting baca sajak..kalo jumpa kak iena, asyik tanya dia dapat nombor berapa...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya..lama tak kesini...Al-Fatihah juga buat kenalan tu...semoga Rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. mizz sue : Selamat Hari Raya ;)

    kak ina : yelah kak ina,insyaAllah tahun last beraya bujang..hehe

    Kak aini : sama2 la kita sedekah Al-Fatihah tuk arwah.

    ReplyDelete