Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Thursday, September 2, 2010

Kalau Guru



Walaupun hari ni bukan hari guru, tapi aku nak share satu artikel yang agak menarik nih,sama-sama la kita renung dan tengok mampukah kita jadi guru terbaik tuk pelajar2 kita.

Kalau aku, belum mampu lagi, banyak lagi kelemahan yang nak kena baiki (^_~). Masih dalam proses belajar :)



Kalau guru menunggu diarah
Semua kerja kena kerah

Kalau guru kurang mengajar
Dapatlah pelajar yang kurang ajar

Kalau guru tak bersedia
Di dalam kelas banyak bercerita

Kalau guru kenal pelajar
Di luar sekolah pelajarnya tak liar

Kalau guru suka berdamping
Semua pelajar dapat dibimbing

Kalau guru sentiasa sibuk
Kelasnya jadi hiruk pikuk

Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tak tahu punca

Kalau guru selalu marah
Pelajar jadi tak tentu arah

Kalau guru tak suka pelajar
Tiada berkat ilmu yang diajar

Kalau guru banyak tahu
Bimbinglah pelajar agar berilmu

Kalau guru tak galak mencuba
Murid sekadar asyik menerima

Kalau guru kurang merancang
Dalam kelas banyak temberang

Kalau guru ada kepandaian
Bantulah pelajar dengan kemudahan

Apa guna menjadi guru
Kalau fikiran masih bercelaru

Apa guna menjadi pelajar
Kalau masih kurang ajar

Kredit to : PAMIESZ




p/s : dah nak raya, jasad kat sini, jiwa raga kat kampung dah :D



5 comments:

  1. salam..lama x jenguk blog sue ni..balik kg bila?

    selamat hari raya aidilfitri..semoga aidilfitri kali ni memberi makna...dan semoga masih ada ramadhan lagi untuk kita sume

    ReplyDelete
  2. Salam
    Baru je pg tadi bc pasal fb tu.hehe. Sehari sebelum raya baru balik.

    Salam aidilfitri jugak :e

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan dan salam kenal dari saye....
    semoga dibulan yg mulia ini diberkati allah...

    ReplyDelete
  4. kak ain~ salam kenal. Selamat hari raya :)

    mahira~ yep,one fine day, i will :$

    ReplyDelete