Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Monday, May 24, 2010

Bagaimana Tangkak Dapat Nama??

Aku terbaca info ni,rasa nak tergelak pon ada :D. Dah setahun duduk sini baru tahu asal usul nya..hehe..




Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak'. Peristiwa itu berlaku ketika seorang peneroka, Long Mahmud bersama tujuh saudara yang dikatakan terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia. Kerana kebiasaan tabiat merangkak, penduduk setempat menyebut tang Merangkak bagi merujuk kawasan itu. Ungkapan ‘tang' memang biasa digunakan orang Melayu bagi merujuk suatu tempat.



Ok.tu saja kali ni. Kerja tengah memanggil tu (T_T)






Saturday, May 22, 2010

Ilmu kena Kongsi

ye betul ilmu kena kongsi..mari kita tengok kat bawah ni beberapa quote, then kita muhasabah diri sama-sama ye :)


~Jika mahu mendapat yang soleh,kurangkan agenda MENCARI si soleh,tetapi berusahalah MENJADI yang solehah. Jika inginkan yg solehah,jgnlah cerewet MENCARI yg solehah, tetapi berusahalah MENJADI yang soleh.Bertemu yang solehah,solehahnya belum tentu kekal.Bertemu yang soleh,solehnya mugkin boleh berubah,kerana si dia juga insan biasa seperti kita. Perkahwinan adalah sebahagian proses MENJADI, bukan sepenuhnya MENCARI..~Imbas kembali status dulu ;) ~

Rendah diri biarlah berpada2, bangga diri jangan sekali..Hidup ini pinjaman dariNya, kerana tiada sesuatupun asal dari kita. Tiada hak untuk berasa sombong dijiwa, kerana semuanya adalah sementara. Tiada daya untuk kita berbangga diri, kerana semua asal dari Ilahi. Tiada faedah untuk riak dan takabbur pada diri, kerana itu pemusnah amal kebajikan buat diri sendiri, malah pasti tunduk hina di akhirat nanti..~

~Jangan terlalu merasakan diri sentiasa baik dan membandingkan dengan orang lain andai hidup dalam berusrah&berdakwah, kerana disitulah kesilapan terbesar kita yang boleh merosak & mengurangkan amal.Jangan terlalu menganggap orang yang tak baik akan terus begitu & diri kita terus lebih baik daripadanya, kerana itulah kekurangan diri kita yang sebenarnya..Sifat riak, takabbur dan bangga diri pasti memakan amal tanpa disedari sedikitpun oleh jiwa sendiri~

~Malam dan siang silih berganti, petanda masa berlalu pergi..Perginya detik seiring hilangnya usia dimamah masa, petanda diri semakin dekat dengan kematian dunia..Hilanglah seri dunia tanpa gembira, beransurlah kita bertemu Yang Maha Pencipta.. Adakah kita akan mulia atau hina selama2nya, sedangkan akhirat itu kekal abadi sebagai pembalasannya~





Thank u to Mat Jang untuk makanan jiwa di atas (^_^)

Friday, May 21, 2010

Budak-budak Tak Pandai Bohong.

Salam.

Memang betul la cakap orang masa mencemburui kita, bukan masa je, kerja-kerja seharian pun turut mencemburui kita, tak bagi peluang langsung untuk aku bagi makan blog ni..haishhh..

Hari ni,aku nak update cerita ahad lepas,tengokk,cerita dah basi baru nak letak sini. Takpe la kan,adala daripada takde langsung.

Sepanjang minggu lepas dan minggu ni, perpustakaan ada buat Program Seronoknya ke Perpustakaan. Macam-macam aktiviti ada melibatkan pelajar,pensyarah dan anak-anak kakitangan.

Ahad lepas,ada pertandingan mewarna dan bercerita khas untuk anak-anak kakitangan.

Macam-macam ragam dan peel ada. Budak biasala kan,cepat boring dengan sesuatu benda. Jom-jom tengok gambar sepanjang aktiviti tu.

Aku tukang jadi juri dengan housemate aku pada hari kejadian. Tolong kawan-kawan sementara bujang ni..Eyp,dah kawin nanti dah tak boleh tolong kawan ke?? Kalau dah kawin mesti keinginan nak berkepit dengan suami tu lagi melimpah ruah kan?? (macam air pulak melimpah ruah) hehe..

Merepek pulak dia ni, layan la gambar-gambar kat bawah ni ye :)



suke tengok adik beradik ni, 5 beradik woh masuk bertanding,bolot semua hadiah :)



awal-awal semua tekun,tak sampai dua minit, ada yang nak surrender.sabar ajelah.



is yang sentiasa perlukan sokongan,kalau tak,dia taknak kaler.penat katenye.huhu







berkat mewarna atas lantai,menang jugak :)




dah semua mewarna atas lantai...




adakah amalan kronism wujud di sini?? tak tak :)




daaannnn,kami lah yang paling pandai mewarna ketika itu :)


ni antara yang bercerita..erkk,yang baju hijau tu bukan peserta :D



adik beradik menguasai pentas..hehe


yeayyy,semua dapat hadiah..juri je tak dapat ape-ape (^_~)



Cukup la sampai sini, ni dah boleh masuk kategori Bumper Edisi Gambarajah..hehe.. entri paling banyak gambar rasanya. Banyak lagi program sepanjang minggu ni tapi takde gambar macam tak best pulak nak bercerita..hoho..


Sekian :)




Sunday, May 16, 2010

Kerja Biar Ikhlas.


Kerjaya yang mulia, terletak pada niat dan hatinya..
Walaupun sekadar kerja biasa, tapi ikhlas, dihati, redha pada Ilahi, pasti lebih tinggi nilainya disisi..
Berbanding kerjaya yang tinggi, tapi suka berbangga diri, hidup penuh kesombongan dan merasakan diri sentiasa tinggi..
"Selamat Hari Guru" pada seluruh warga pendidik :)

Sesungguhnya guru adalah pekerjaan yang sangat mulia, setiap patah yang di ajarkan pada pelajar-pelajar, mereka akan bawa sepanjang perjalanan hidup mereka.

Aku mengingati diri sendiri dan semua pendidik di luar sana, bersabarlah dengan kerenah pelajar anda.

Pelajar dulu dan sekarang jauh bezanya, kalau dulu Murid hormat dan takut guru, tapi kini guru takut pada murid.


Sekian :)

Friday, May 14, 2010

Menggelabah dapat wasiat

Wasiat kena bagi Lembu gemuk ke?? Dah kena tag, 1st time plak tu. Orang lain dah tak heran dah, aku je menggelabah. Dah nama pun blogger tak aktif lagi pasif (T_T).

Semalam tak sempat buat, untuk tak menghampakan si tag tu, aku buat la. Jom2 tengok. Best ke? Tak best jangan tengok la. Boleh tekan pangkah kat penjuru belah kanan tu. Yang merah tu. haaa,tekan la sekarang.heh





1. Thank and link the person that give you the cow.

Thank u so much to kak irnie for the first tag :)

2. Bagi balik wasiat pada 7 bloggers paling aktif atau tak aktif.

Aku sah-sah la dalam kategori blogger tak aktif lagi pasif (kan dah cakap kat atas tadi). Tapi aku nak tag sessiapa saje yang ada dalam list aku. Random je nih. Uncategorized active or not :)

  1. Ana
  2. Ada
  3. Kak Eynee
  4. Hazzy
  5. Ray
  6. Tika
  7. Kak Tash
Ok. Sila la sudi2kan diri jawab ye :). Same2 la kita gemokkan lembu kat atas tu.

3. Bagitau dieorang yang dieorang dapat dari Orang Kaya Sepening Lalat.

Hah, ikutkan aje la agar tak pening. Tag ni aku dapat dari Orang Kaya Sepening Lalat .So,sila jawab agar beliau tidak kecewa lantas membunuh lembu itu. Pening fikir motip nye :)

4. Cerita 3 perkara yang selalu anda buat sambil tengok TV.
  1. Tido selepas 5 minit TV dibuka sambil TV tengok aku. Tabiat.
  2. Baca nota untuk diajar keesokan hari.
  3. Sembang dengan housemate sambil menyumpah broadband beliau. Ampun.
5. Bagitahu 3 makanan pelik yang pernah anda makan.
  1. Ikan Keli masak kicap. Memang pelik dan tak sedap.
  2. Lontong goreng. Pelik bagi aku berselera timur.
  3. Tahi Itik. Pelik tapi sedap.
6. Cuba bagitahu berapa orang dah kawan anda dekat Facebook.

Last tengok semalam 287. Yang belum approve adala beberapa belas. Tak Glamour.

7.
Faveret soalan nih, camner korang jumpa spouse korang or pakwe or makwe. kat mane?

Jumpa kat matrix melaka. Tempat jatuh lagikan dikenang, ni kan pulak tempat belajar dan jumpa bakal suami (^_~)


Okey siap :). Selamat Hari Jumaat. Semoga bergembira disamping yang di cinta. Dekat kepala kamu semua ingat siapa sekarang ni?? haaaa.jawab dalam hati.hehe

Wednesday, May 5, 2010

Hilang Nikmat

Hey hey kamu semua jangan fikir kuning2 eh bile tengok tajuk tu. Hilang nikmat hujung minggu sebenarnya bukan ape pun.

Masuk minggu ni dah 4 kali weekend aku tak duduk rumah macam biasa-biasa, tengok cerita korea sampai lebam, tidur sampai pening juga kemas sume benda yang tak perlu. Oh, sungguh rindu waktu2 itu. Bila lagi la nak dapat. Minggu akan datang pun tak dapat jugak nak meneruskan rutin itu..huhu.

Banyak betul benda nak buat lately, start dari balik Penang hari tu, belum rehat kat umah lagi especially weekend.

Sampai ada makluk Tuhan ni suka-suka duduk rumah aku, kalau bayar sewa share2 takde la aku kisah sangat, ni tak, kau bawak anak bini kau duduk rumah aku, tak mintak izin satu hal.Pastu pagi-pagi buat kecoh konon cakap kau anak beranak gembira duduk rumah aku.

Tapi takpe,sebab kau pun makhluk Tuhan sama macam aku yang menumpang kat bumi Tuhan ni,aku izinkan kau duduk umah aku. Jangan kau buat onar berak merata cukup la.




Tengok tu?? Nama apa ntah burung ni. Tempua kot.Kan?

Tutup cerita burung tu, hujung minggu kebelakangan ni memang terbakar macam tu saja. Dengan kursus kahwin,wedding sepupu kat terengganu,mesyuarat lagi,dan macam lagi yang akan datang. hah kau,balik terengganu sehari je,letihnya sampai seminggu. Tak bermaya aku pergi kerja. Pastu ada mesyuarat lagi kat KL. Penat bertimpa-bertimpa betul la.

Secara positifnya, buat jela apa orang arahkan. Dah tugas dan tanggungjawab kan kan?




Prosedur perkahwinan ke manual tic tac toe (tq En ARC)??


Sepatutnya bakal-bakal isteri macam aku ni pergi kursus perkahwinan untuk mantapkan ilmu munakahat tapi bila penceramah macam tak menarik,mula la aku nak mantapkan ilmu main tic tac toe ni. Apa boleh buat kan?? :)


1 May lepas, sepupu yang sebaya dengan aku dah selamat jadi isteri orang. Alhamdulillah. Sederhana tapi meriah majlisnya. Sanak saudara kami je yang penuhkan rumah. Kitorang ni memang jenis sedara mara ramai, kalau yang generasi baru ni memang tak kenal dah la. Bertumbuk dekat simpang pun tak kenal agaknya sedara sendiri. Mak aku dapat title nenek masa umur aku 6 tahun lagi.




gambar hp cabuk je.tak edit pulak tu. :)

Tak habis kat situ,minggu ni ada mesyuarat pemilihan pelajar untuk sesi Julai 2010. Takpelah sebab mesyuarat ni sempoi2 boleh la diterima. Tapi balik hari isnin depan,terus pulun habiskan syllabus budak-budak.Mereka dah nak final.Kejap je masa berlalu.






Harapnya sambil mesyuarat yang nampak macam serabut tapi sempoi ni dapatlah aku cas balik segala tenaga yang hilang 2 3 minggu ni. Dah duduk selesa,bantal empuk, makan sedap. Apa lagi kau nak ??














Kadang-kadang aku rasa macam nak tutup je blog ni. Dahla tak pandai menulis,tak banyak cerita dan tak banyak masa nak buka selalu (-_-)