Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Wednesday, May 5, 2010

Hilang Nikmat

Hey hey kamu semua jangan fikir kuning2 eh bile tengok tajuk tu. Hilang nikmat hujung minggu sebenarnya bukan ape pun.

Masuk minggu ni dah 4 kali weekend aku tak duduk rumah macam biasa-biasa, tengok cerita korea sampai lebam, tidur sampai pening juga kemas sume benda yang tak perlu. Oh, sungguh rindu waktu2 itu. Bila lagi la nak dapat. Minggu akan datang pun tak dapat jugak nak meneruskan rutin itu..huhu.

Banyak betul benda nak buat lately, start dari balik Penang hari tu, belum rehat kat umah lagi especially weekend.

Sampai ada makluk Tuhan ni suka-suka duduk rumah aku, kalau bayar sewa share2 takde la aku kisah sangat, ni tak, kau bawak anak bini kau duduk rumah aku, tak mintak izin satu hal.Pastu pagi-pagi buat kecoh konon cakap kau anak beranak gembira duduk rumah aku.

Tapi takpe,sebab kau pun makhluk Tuhan sama macam aku yang menumpang kat bumi Tuhan ni,aku izinkan kau duduk umah aku. Jangan kau buat onar berak merata cukup la.




Tengok tu?? Nama apa ntah burung ni. Tempua kot.Kan?

Tutup cerita burung tu, hujung minggu kebelakangan ni memang terbakar macam tu saja. Dengan kursus kahwin,wedding sepupu kat terengganu,mesyuarat lagi,dan macam lagi yang akan datang. hah kau,balik terengganu sehari je,letihnya sampai seminggu. Tak bermaya aku pergi kerja. Pastu ada mesyuarat lagi kat KL. Penat bertimpa-bertimpa betul la.

Secara positifnya, buat jela apa orang arahkan. Dah tugas dan tanggungjawab kan kan?




Prosedur perkahwinan ke manual tic tac toe (tq En ARC)??


Sepatutnya bakal-bakal isteri macam aku ni pergi kursus perkahwinan untuk mantapkan ilmu munakahat tapi bila penceramah macam tak menarik,mula la aku nak mantapkan ilmu main tic tac toe ni. Apa boleh buat kan?? :)


1 May lepas, sepupu yang sebaya dengan aku dah selamat jadi isteri orang. Alhamdulillah. Sederhana tapi meriah majlisnya. Sanak saudara kami je yang penuhkan rumah. Kitorang ni memang jenis sedara mara ramai, kalau yang generasi baru ni memang tak kenal dah la. Bertumbuk dekat simpang pun tak kenal agaknya sedara sendiri. Mak aku dapat title nenek masa umur aku 6 tahun lagi.




gambar hp cabuk je.tak edit pulak tu. :)

Tak habis kat situ,minggu ni ada mesyuarat pemilihan pelajar untuk sesi Julai 2010. Takpelah sebab mesyuarat ni sempoi2 boleh la diterima. Tapi balik hari isnin depan,terus pulun habiskan syllabus budak-budak.Mereka dah nak final.Kejap je masa berlalu.






Harapnya sambil mesyuarat yang nampak macam serabut tapi sempoi ni dapatlah aku cas balik segala tenaga yang hilang 2 3 minggu ni. Dah duduk selesa,bantal empuk, makan sedap. Apa lagi kau nak ??














Kadang-kadang aku rasa macam nak tutup je blog ni. Dahla tak pandai menulis,tak banyak cerita dan tak banyak masa nak buka selalu (-_-)

3 comments:

  1. kak long, itu org xpanggil bingo ar...itu tic tac toe hahahhahhaa

    ReplyDelete
  2. ahhh.saya belasah je.tak tau nama ape.tapi tau la bukan binggo.hehehe

    ReplyDelete
  3. xyah stop.. tulis jew blog.. =)
    edit kdg2 pown takpe.. =)
    keep it up. =)

    ReplyDelete