Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Saturday, May 22, 2010

Ilmu kena Kongsi

ye betul ilmu kena kongsi..mari kita tengok kat bawah ni beberapa quote, then kita muhasabah diri sama-sama ye :)


~Jika mahu mendapat yang soleh,kurangkan agenda MENCARI si soleh,tetapi berusahalah MENJADI yang solehah. Jika inginkan yg solehah,jgnlah cerewet MENCARI yg solehah, tetapi berusahalah MENJADI yang soleh.Bertemu yang solehah,solehahnya belum tentu kekal.Bertemu yang soleh,solehnya mugkin boleh berubah,kerana si dia juga insan biasa seperti kita. Perkahwinan adalah sebahagian proses MENJADI, bukan sepenuhnya MENCARI..~Imbas kembali status dulu ;) ~

Rendah diri biarlah berpada2, bangga diri jangan sekali..Hidup ini pinjaman dariNya, kerana tiada sesuatupun asal dari kita. Tiada hak untuk berasa sombong dijiwa, kerana semuanya adalah sementara. Tiada daya untuk kita berbangga diri, kerana semua asal dari Ilahi. Tiada faedah untuk riak dan takabbur pada diri, kerana itu pemusnah amal kebajikan buat diri sendiri, malah pasti tunduk hina di akhirat nanti..~

~Jangan terlalu merasakan diri sentiasa baik dan membandingkan dengan orang lain andai hidup dalam berusrah&berdakwah, kerana disitulah kesilapan terbesar kita yang boleh merosak & mengurangkan amal.Jangan terlalu menganggap orang yang tak baik akan terus begitu & diri kita terus lebih baik daripadanya, kerana itulah kekurangan diri kita yang sebenarnya..Sifat riak, takabbur dan bangga diri pasti memakan amal tanpa disedari sedikitpun oleh jiwa sendiri~

~Malam dan siang silih berganti, petanda masa berlalu pergi..Perginya detik seiring hilangnya usia dimamah masa, petanda diri semakin dekat dengan kematian dunia..Hilanglah seri dunia tanpa gembira, beransurlah kita bertemu Yang Maha Pencipta.. Adakah kita akan mulia atau hina selama2nya, sedangkan akhirat itu kekal abadi sebagai pembalasannya~





Thank u to Mat Jang untuk makanan jiwa di atas (^_^)

3 comments:

  1. muhasabah diri is the most important in our life. saya pengunjung baru.. slamat berkenalan ea

    ReplyDelete
  2. wah boleh bagi tazkirah jumaat ni..takleh cari makan ustazah hasanah..

    ReplyDelete
  3. Rose~ yup betul tu..salam perkenalan :)

    Kak ina~ Melampau la tu,ustazah tetap ustazah..hehe

    ReplyDelete