Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Thursday, April 15, 2010

Penang Heritage City

Lama tak mengemaskini blog ni*skema betul ayat tu*. Takde mood nak update,lagi satu aku tak reti nak susun ayat.huhu.

Aku tengah stress akibat daripada kehilangan attendance student. Ohhh,attendance hilang camne nak buat surat amaran wehh.stresss betul. ok rehat sebentar dengan menulis di sini.

Surat amaran ialah surat yang di keluarkan kepada pelajar-pelajar yang kedatangan mereka ke kelas tidak memuaskan. Amaran pertama dikeluarkan apabila ketidakhadiran mereka melebihi 5% daripada jumlah jam modul.

Surat Amaran Kedua pula dikeluarkan apabila ketidakhadiran mereka lebih daripada 10% daripada jumlah jam modul.

Surat terakhir ialah surat cinta.gile nak bagi surat cinta?? surat tunjuk sebab la,yang akan dikeluarkan setelah ketidakhadiran mereka melebihi 20% daripada jumlah jam modul. Ok cukuplah info pasal surat amaran. Nanti lagi stress.


Merujuk kepada tajuk entry di atas *kenapa skema sangat ni* haishhhh.

Hujung minggu lepas aku bersuka ria kat Penang.



SIL to be tengah memodelkan dirinya :)

Pulau Pinang,kampung halaman ijat (tunang aku la tu). Misi aku ke sana adalah untuk pergi pilih warna dan fitting baju untuk majlis sebelah lelaki, usha kad jemputan,usha barang hantaran dan tentulah dating dengan tunang aku depan mak ayah dia. suka hati kami je dating depan orang tua dan adik beradik.huhu..


Layanan first class ko. Tak rasa kekok,mak ayah,adik beradik dan anak sedara memang cool dan sporting. Aku suka,rasa macam duduk rumah sendiri.cheeewaah.



makhluk ni la benda pertama ijat tunjuk kat aku lepas mak dia.ikan ikan ikan.cantik :)


Tak tahulah nak cerita yang mana satu dulu,memang aku tak reti nak menulis.korang layan gambar jela ye.errr,gambar tak banyak.




antara kad yang kami tengok2 dan survey harga.berpatutan jugak.



atas feri yang tak ramai orang.




arisa dengan mak andak nya.takut2 je budak ni tengok laut yang terbentang tu.


ni my SIL to be jugak.mama arisa si mulut becok :)




abaikan tudung kemek tu.atas feri harusla angin kuat kan?




lepas berangin dekat atas feri.kami mendaki kebun bunga pulak.bunga banyak,kera pun banyak duk ragut makanan pengunjung.



bila effect terlebih,gambar jadi pelik.huuu. tapi lagi pelik bila gambar tunang takde terselit kan? hehehe.tuan die tak bagi letak lagi.akur je la.


Hari yang sama jugak kami pergi tengok barang untuk hantaran. Ijat dah dapat kasut dia,aku belum lagi. Barang2 aku kena tunggu sale kebabom baru syok beli.



1 comment: