Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Tuesday, April 6, 2010

Tips Memilih Pasangan

Chehwahhh, tajuk tak menahan. Nak kongsi pendapat peribadi jela. Nak kongsi duit dengan korang semua,duit takde pulak kan?

Okey, kita semua tahu yang dalam islam sendiri ada 4 panduan untuk memilih pasangan bukan? Apa dia adik2?? hahaha. Dah macam program kanak2 riang ria pulak :P

**gambar-gambar ihsan encik google dan iluvislam :)


Yang pertama : Agama



Bab agama ni kita carilah yang mampu jadi imam solat kita. Tak semestinya kena cari alim ulamak,imam masjid bagai. Kalau dapat satu bonus la kan. Janji orang tu boleh memimpin keluarga, bagi didikan agama dekat kita dan anak-anak.Kalau dia tak boleh bagi sekalipun, carila orang yang sedia menyediakan kita dengan bekalan agama. Contoh, dia tak mampu ajar anak2 mengaji, dia sediakan duit untuk hantar anak2 dekat kelas mengaji atau fardhu ain.


Yang kedua : Harta




Sebut pasal harta ni, bukan islam suruh cari yang kaya raya,rumah besar kereta besar,perut besar.hehe.bukan-bukan. Yang penting ialah harta yang dia cari tu halal. Yelah, nak bagi makan anak bini kan? Semua orang pun nak keberkatan hidup kan? Tak kisah la dia kerja office boy pun, janji kerja yang dia buat tu halal ok? Tu pendapat aku bagi definissi harta di atas.hehe. Tak perlu cari tokey balak atau tokey lebur emas. Cukupla sekadar sumber rezeki itu halal.


Yang ketiga : Keturunan



Keturunan pada pandangan aku yang rabun ni la kan.haha. Bukan maksudnya dia tu anak datuk paduka atau datuk k.eh eh..anak datuk k tak payah la ye.haha. Yang penting tengok mak ayahnya tu. Jangan la ko cari anak2 yang ada darah hiv mengalir dalam badannya,si ayah kaki judi,si mak pulak bos kelab malam. ishhh,jangan la ye. Tapi kalau anak itu tidak ikut jejak langkah keluarga dia,baik budi pekerti.Boleh terima lagi kan??


Yang keempat : Kecantikan/Paras rupa

Sape tak nak partner muka macam tom cruise???

Hah,orang sekarang ni,yang ni la dia letak paling atas dalam memilih pasangan. betul tak? betul kan? tak salah pun. Cantik,hensem,macho semua tu subjektif. Carilah yang sedap mata kita memandang. Kita yang nak tengok dia seumur hidup kan? Biarla mata kita yang mengadili pasangan kita tu. Jangan dengar cakap orang ok?
Ada orang cakap sepet tu lawa tapi ada jugak orang cakap mata bulat tu lawa. Terpulang pada pandangan mata masing-masing ok?



Sekian, pandangan dari si rabun ini. hehehe. Pokok pangkal,Memang jodoh itu datang daripada Allah tapi kita kena cari,bukan hanya duduk mengharap sahaja.

Terima pasangan kita seadanya lebih baik dari berangan-angan nak yang lagi baik ;)


1 comment:

  1. betul!!rasanya ramai paling pentingkan paras rupa..hehehe

    ReplyDelete