Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Wednesday, June 30, 2010

Berani ke nak tengok entry ni???



Salam semua

Hari ni saya nak share something yang boleh buat kamu loya tekak selama beberapa hari. Itupun bergantung pada tahap kegelian anda ye. Kalo anda jenis tak boleh tengok darah, pleaseeee jangan tengok bawah ye. Nanti kamu pengsan. ok2.

WARNING...WARNING..AMARAN MERAH.. Jangan teruskan membaca jika anda tengah menjamu selera. Sila habiskan makanan lazat anda dulu sebelum scroll down. Bagus jugak kalau sediakan baldi dulu sebelum scroll bawah :D

:

:

:

:

:

:

Gambar-gambar di bawah ni adalah kejadian Mechanic Aircraft tersangkut dekat jet's ngine..huhu.. sebelum tu, jom kita baca surat khabar dulu eh :)



EL PASO, Texas — An airplane mechanic was killed Monday morning after he was sucked into a jet's engine while passengers were boarding from the tarmac, officials said.

"A mechanic walked in front of the engine and was pulled into the engine," National Transportation Safety Board spokeswoman Lauren Peduzzi said.

She said she didn't know if any passengers saw the accident as they boarded Continental Airlines flight 1515 to Houston. A Federal Aviation Administration spokesman said the worker was sucked into the right engine of the 737-500.

The mechanic's identity wasn't released, but Continental identified the victim as an employee of one of Continental's suppliers. Continental released few other details about what it called a "ground incident" at El Paso International Airport.

"My fellow co-workers and I extend our heartfelt sympathies to the family and friends of the mechanic involved in this tragic event," Larry Kellner, Continental chairman and CEO, said in a statement.

There were 114 passengers and five crew members boarding the plane.

Peduzzi said there had been an earlier problem with the Number 2 engine, so the engine's metal covering was open at the time of the accident.

:

:

:








Disedut oleh kipas sampai lumat.sedih betul (T_T). Semoga insiden sebegini tak berulang lagi. Kalau islam ni,susah nak uruskan tu, mau kena kutip satu2 cebisan daging tu..bwerkkkkk..


Sekian,salam ukhuwah semua.





Friday, June 25, 2010

Aku nak pengsan!!

Di suatu hari yang sejuk-sejuk suam,aku telefon mak aku kat kampung nun jauh di sana *ayat nak skema*.

Anak : Assalamualaikum,pekabo? sihat sume?
Mak : Sihat je. Ni, adik ko nak tunang!!!
Anak : Hahhhh!! ape??? *terus pengsan sebulan*


Memang betul la aku pengsan sebulan weii,sebab ni cerita bulan lepas.. Gila ke Miang adik aku ni, awak tu baru 23 tahun dan LELAKI..kalau perempuan ada aku kesah ko nak langkah bendul rumah nak potong Q aku??

Aku memang tak setuju dan akan mengamuk secara sopan kat keluarga perempuan itu kalau mereka terus mendesak nak buat ikatan tali rafia ke apa,memang aku tak bagi,aku ikat mak ayah aku kat rumah tu jangan pergi mana-mana *kejam giler*

Mana tidaknya,adik aku tu baru je habis belajar, baru nak mula kerja. baru nak rasa bagi duit kat mak ayah.

Ko ingat bila dah kerja terus senang ke? dah terus boleh kahwin ke? memang fikiran kanak-kanak betul la ko ni. Cuba ko tanya boyfriend ko tu dia simpan duit sebulan berapa??

Keluarga kamu kena tahu eh,kami ni bukan orang senang,orang susah dik oi, layak masuk Bersamamu ko tau?? Datang rumah kami dulu tengok keadaan kami,selesa tak ko duduk rumah kami tu, tak boleh la setakat ngadap muka adik aku je,ko cakap dah cukup bahagia.karutan budak hingusan je kalau cakap macam tu. tak boleh la sekarang cakap semua sanggup nanti dah kahwin,mula la.rumah panas la,x selesa la,banyak nyamuk la. Hidup kena sandar pada realiti ok? jangan ikutkan kata hati yang tengah mabuk tu sangat,nanti takut makan diri sendiri.

Kalau ayah kami tu duit berkepuk sekalipun, takkan nak kahwin pakai duit ibubapa. Ko faham tak ni??? Harus la kalau ko tak faham pun, umur baru setahun jagung, baru habis sekolah kan??

Tapi ko kena fikir orang lain jugak ye, ko nak adik aku, ko kena kenal aku dulu *kakak paling gangster dan takde belas kasihan pada adik2,aku la tu.

Tapii.Tapi..aku tegas bertempat,kalau bab2 memeningkan kepala mak ayah aku, memang aku hot n spicy, bab lain ko nak bercintan cintun dengan adik aku,lantak ko lah.

Jangan sampai aku tak suka ko..hahahaha. Aku tak nak bersanding 2 pasang sekaligus, tak mau aku. bagi aku lepas dulu la. *marah ni*

Tapi, akhir-akhir ni macam dah cool sikit cerita nak tunang minang ni. Tak jadi ye dik?? Nape tak jadi pulak?? hahaha.. biol dah kakak ko ni haa.

Panjang lebar aku berceramah ek,belum masuk bab tanggungjawab lagi, mau ko nangis tinggalkan blog aku ni..

Dengarlah nasihat orang yang lebih tua pada kita, Mak kami tengah sakit tu, ko tau kan?? sebulan dah terlantar. Jangan nak tambah beban masalah kami lagi eh.

Adik aku pun sama,tak matang lagi.kalau nak dibuat perbandingan adik aku yang ketiga tu lagi matang pada boyfriend ko yakni adik aku yang kedua tu. Orang kata anak kedua special sikit,aku tak tau la dia special kat mana.


Setakat ni jela untuk kali ni eh. nanti aku geram2 lagi,aku merapu lagi ye. jangan serik eh..

Nak jadi adik ipar aku eh? eh? Behave.Behave. :)



Thursday, June 24, 2010

Gereja Tulang Umat Islam




Subhanallah..Gereja yang di hiasi dengan 40ribu tulang umat islam.

Benda ni dah lama ada, aku nak share jugak. Suka hati la kan.Blog aku punya ;)

Gereja yang terletak 70 km daripada ibukota Republik Check bekas negara Yugoslavia yang dipenuhi dengan gereja – gereja ganjil.

Gereja yang berusia melebihi seribu tahun dibina dengan menggunakan tulang-tulang umat Islam tanpa kayu atau batu atau bahan binaan biasa.

Pada tahun 1318 pihak gereja telah berjaya mengumpul 30 ribu tulang umat Islam untuk dijadikan binaan dinding.

pada tahun 1870 jumlah tulang umat Islam telah melebihi 40 ribu untuk menyempurnakan binaan gereja tersebut.

Lihatlah tulang dan tengkorak umat Islam yang menghiasi setiap sudut gereja tersebut.



Memang syaitan dah janji nak menyesatkan umat islam kan? Tu yang jadi camni.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan Inayah kepada semua umat Islam yang syahid di bumi Bosnia.



Thanks dyana for sharing :)

Tuesday, June 8, 2010

Fuh Fuhhh!! Mengah..

Salam semua,

mode: Mengah taip cepat-cepat pastu pos terus :)

Kamu!!! Saya sangat sibuk,tak sempat nak mengarut kat sini..

Aku rasa dah 140 kali aku fikir samada nak beli broadband ke tak.

Kalau ada,senang leh mengarut kat rumah,tengah kuak lentang pun boleh kan? Tak perlu la aku curi 14 minit masa kerja aku..yeke 14 minit?? hahaha

Tapiii???

Bila difikirkan line kat rumah tu teruk sangat rasa macam rugi pulak nanti,line telefon biase pun satu dua bar je camne kan???

Aku pernah try housemate punya..kejap ok kejap tak tapi banyak yang tak ok dari ok la..heh..aku ni tak sabar nak tunggu loading lama-lama,terus takde mood.kan rugi camtuh? kan?

Ishhhh,nanti la aku fikir lagi sampai 200 kali nak beli ke tak. Nak sambung kerja.


Bye semua. Semoga bahagia selalu :)







Monday, May 24, 2010

Bagaimana Tangkak Dapat Nama??

Aku terbaca info ni,rasa nak tergelak pon ada :D. Dah setahun duduk sini baru tahu asal usul nya..hehe..




Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak'. Peristiwa itu berlaku ketika seorang peneroka, Long Mahmud bersama tujuh saudara yang dikatakan terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia. Kerana kebiasaan tabiat merangkak, penduduk setempat menyebut tang Merangkak bagi merujuk kawasan itu. Ungkapan ‘tang' memang biasa digunakan orang Melayu bagi merujuk suatu tempat.



Ok.tu saja kali ni. Kerja tengah memanggil tu (T_T)






Saturday, May 22, 2010

Ilmu kena Kongsi

ye betul ilmu kena kongsi..mari kita tengok kat bawah ni beberapa quote, then kita muhasabah diri sama-sama ye :)


~Jika mahu mendapat yang soleh,kurangkan agenda MENCARI si soleh,tetapi berusahalah MENJADI yang solehah. Jika inginkan yg solehah,jgnlah cerewet MENCARI yg solehah, tetapi berusahalah MENJADI yang soleh.Bertemu yang solehah,solehahnya belum tentu kekal.Bertemu yang soleh,solehnya mugkin boleh berubah,kerana si dia juga insan biasa seperti kita. Perkahwinan adalah sebahagian proses MENJADI, bukan sepenuhnya MENCARI..~Imbas kembali status dulu ;) ~

Rendah diri biarlah berpada2, bangga diri jangan sekali..Hidup ini pinjaman dariNya, kerana tiada sesuatupun asal dari kita. Tiada hak untuk berasa sombong dijiwa, kerana semuanya adalah sementara. Tiada daya untuk kita berbangga diri, kerana semua asal dari Ilahi. Tiada faedah untuk riak dan takabbur pada diri, kerana itu pemusnah amal kebajikan buat diri sendiri, malah pasti tunduk hina di akhirat nanti..~

~Jangan terlalu merasakan diri sentiasa baik dan membandingkan dengan orang lain andai hidup dalam berusrah&berdakwah, kerana disitulah kesilapan terbesar kita yang boleh merosak & mengurangkan amal.Jangan terlalu menganggap orang yang tak baik akan terus begitu & diri kita terus lebih baik daripadanya, kerana itulah kekurangan diri kita yang sebenarnya..Sifat riak, takabbur dan bangga diri pasti memakan amal tanpa disedari sedikitpun oleh jiwa sendiri~

~Malam dan siang silih berganti, petanda masa berlalu pergi..Perginya detik seiring hilangnya usia dimamah masa, petanda diri semakin dekat dengan kematian dunia..Hilanglah seri dunia tanpa gembira, beransurlah kita bertemu Yang Maha Pencipta.. Adakah kita akan mulia atau hina selama2nya, sedangkan akhirat itu kekal abadi sebagai pembalasannya~





Thank u to Mat Jang untuk makanan jiwa di atas (^_^)

Friday, May 21, 2010

Budak-budak Tak Pandai Bohong.

Salam.

Memang betul la cakap orang masa mencemburui kita, bukan masa je, kerja-kerja seharian pun turut mencemburui kita, tak bagi peluang langsung untuk aku bagi makan blog ni..haishhh..

Hari ni,aku nak update cerita ahad lepas,tengokk,cerita dah basi baru nak letak sini. Takpe la kan,adala daripada takde langsung.

Sepanjang minggu lepas dan minggu ni, perpustakaan ada buat Program Seronoknya ke Perpustakaan. Macam-macam aktiviti ada melibatkan pelajar,pensyarah dan anak-anak kakitangan.

Ahad lepas,ada pertandingan mewarna dan bercerita khas untuk anak-anak kakitangan.

Macam-macam ragam dan peel ada. Budak biasala kan,cepat boring dengan sesuatu benda. Jom-jom tengok gambar sepanjang aktiviti tu.

Aku tukang jadi juri dengan housemate aku pada hari kejadian. Tolong kawan-kawan sementara bujang ni..Eyp,dah kawin nanti dah tak boleh tolong kawan ke?? Kalau dah kawin mesti keinginan nak berkepit dengan suami tu lagi melimpah ruah kan?? (macam air pulak melimpah ruah) hehe..

Merepek pulak dia ni, layan la gambar-gambar kat bawah ni ye :)



suke tengok adik beradik ni, 5 beradik woh masuk bertanding,bolot semua hadiah :)



awal-awal semua tekun,tak sampai dua minit, ada yang nak surrender.sabar ajelah.



is yang sentiasa perlukan sokongan,kalau tak,dia taknak kaler.penat katenye.huhu







berkat mewarna atas lantai,menang jugak :)




dah semua mewarna atas lantai...




adakah amalan kronism wujud di sini?? tak tak :)




daaannnn,kami lah yang paling pandai mewarna ketika itu :)


ni antara yang bercerita..erkk,yang baju hijau tu bukan peserta :D



adik beradik menguasai pentas..hehe


yeayyy,semua dapat hadiah..juri je tak dapat ape-ape (^_~)



Cukup la sampai sini, ni dah boleh masuk kategori Bumper Edisi Gambarajah..hehe.. entri paling banyak gambar rasanya. Banyak lagi program sepanjang minggu ni tapi takde gambar macam tak best pulak nak bercerita..hoho..


Sekian :)