Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Monday, April 19, 2010

7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah )

Post kali ni untuk renungan bersama, Untuk diri sendiri yang bakal jadi isteri :). Ohhh,macam mana la aku nanti jadi isteri orang..huhu. Jom layannnn...

Yang tulisan condong tu aku sendiri tambah okey.




C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...
suami dah bergumbira berdondang sayang dengan perempuan lain,kita apa dapat?? Jangan cabar la..Kalau setakat cabar main game token tu takde hal la kan?

C2. CABUL

Bukan mencabul suami atau isteri eh, cabul ni maksudnya,perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

Contohnya, cakap mak mertua tak sedar diri,jangan cakap camtu,kalau takde orang tua tu,tak merasa la ko nak bermanja-manja dengan laki ko tu :). Dia yang melahirkan.

C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...sekali terlepas boleh di maafkan,tapi setiap kali bercakap asyik terlepas jek,memang melepas la laki ko cari lain.hahaha.contoh je k.

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yang cantik-cantik aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...
ini semua orang pun dah tau dan dah faham.kan? tak perlu ulas panjang lebar.

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...
lagi contoh,suami tanya salesgirl kat mana rak susu untuk anak pun nak muncung-muncung sampai seminggu..haha.tak patut la.

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat.
Contohnya, suami nak tengok bola team kegemaran pun tak boleh,siap sorok remote astro jauh-jauh,bimbang takut suami tak bangun subuh. alahh,suami tahu la tanggungjawab dia kan?

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...


7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...
Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya.
Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling
yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ....



Kalau ada,sempat lagi nak betulkan. Mana ada manusia sempurna weh :)

6 comments:

  1. bagus nih info...kadang2 tak perasan terlepas kata...sebaiknya sebelum melabuhkan mata ..masuk tidur daaaa....minta ampun dan maaf dari sang suami...insyaallah aman rumah tangga...

    ReplyDelete
  2. hohoho,sape2 nak bagi tips lagi kat aku yang bakal tido dengan lelaki ni..ha,jgn salah anggap plak,bakal suami la tu :)

    ReplyDelete
  3. hehehe..tip dia kawin dulu baru tau...

    ReplyDelete
  4. No.4 & No. 7 tu adaa kat eynda errkkk....masih memperbaiki diri :-D

    ReplyDelete
  5. suami yg kaki bola, yg sering tertidor depan TV (jadi pengadil tetap EPL)...jgn biarkan, kejutkan dia masok tidor dlm bilik...katakan dgn nada yg lembut "tempat tidur awak sebelah sy, bukan depan tv!"

    ReplyDelete
  6. eynda~takpe kak boleh baiki lagi.xde yg sempurna kan.

    ctpayong~ cmatu eh, tq2 tapi Alhamdulillah bakal suami bukan kaki bola :)

    ReplyDelete