Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Thursday, December 6, 2012

Cameron Highland

Assalamualaikum...


10 November 2012 ..syifa pertama kali jejak kaki ke cameron highland. Rancangan awal mama nak bawak syifa pergi zoo taiping. Bagi pendedahan kat syifa tentang haiwan-haiwan yang ada kat malaysia ni. nak improve perkembangan EQ kekdahnya. Duk aysik tengok kucing dengan burung je kalau kat rumah. Nanti kang dah besar sikit takut ke binatang masalah pulak kan?? 

Tapi.. bila ajak kakak ipar join sekali, diorang suggest pergi Cameron balik hari pulak. maklumla hari ahad mama dah kerja.. Ok kita ikut je plan mak menakan syifa. Kami bertolak ke cameron dari rumah maknjang syifa pukul 7.00 pagi (konon nak gerak 6.30) sampai dalam tengahari kat cameron. Tapi abang wafi syifa buat drama dah nak sampai dia muntah dalam kereta.. kesian abang mabuk. masa tu syifa duk lena tido..mentang-mentang udara sejuk syok je tido ye.

Besar dah anak mama. setahun sebulan :)

sampai kat sana kita masuk kebun bunga, tengok strawbery, ladang teh x sempat masuk.next time insyaAllah. syifa seronok sangat, sepanjang kat cameron tu tak buat hal pun, ikut je mana mama abah bawak. mama ngan abah suspek sebab cameron sejuk. tu yang syifa suka sangat tu. betul kan? hehehe.

Nanti kalau ada rezeki mama bawak syifa pergi tempat lain pulak ye.. Quality time dengan anak-anak tu kan penting.. Develop IQ n EQ serta motor skills kan? 



Budak suka bunga



pendukung setia syifa..balik je abah ngadu lengan lenguh tau pegang syifa ...

seronok sebab sejukkkk


ok..salin baju nak balik dah..bye2


Nak bawak jugak syifa pergi zoo..mama tengah cari masa..kalau boleh taknak pergi time cuti sekolah..crowded.





p/s : bahagia dengan keluarga kecil ini..





Thursday, May 10, 2012

Kembali Bertamu

Assalamualaikum


Subhanallah lama betul tak buka blog sendiri. Blog orang lain selalu buka..ishh teruk betul sampai kan hari ni baru tahu blogspot ada new features..hahaha.gelak kan diri sendiri kuat-kuat.

Nak buat macamana tuntutan kerja seharian sangat la banyak. Dalam otak banyak benda nak luah dan nak cerita dekat sini tapi tak tercapai dek jemariku nak menaip..simpan kepam dalam otak jela..lama-lama lupa terus..sedih betul.

Petang ni free skit lagipun nak release kejap. baru je siapkan laporan program pelajar, jadi rasa nak berehat kejap. lagipun setiap khamis aku balik pukul 3.30 kejap je lagi dah boleh gomo anak..untung duduk kedah..hehe..

Serius tak tahu nak start dari mana. aku rasa macam dah sesat di blog sendiri.macam baru buat blog semalam.pelan2 kayuh la sue oii..huhu..

Bila tengok stail baru bloggers ni rasa macam mudah skit,semangat skit nak menulis..harapnya betul la sangkaan beta tu..hehe

Owh..anak yang newborn tu dah besar dah..dah 7 bulan berguling merata dah..tak pela nanti kita cerita pasal syifa.

setakat hari ni tu je la nak bagitau :)

layan gambar sekeping dua syok jugak no?? 

ubat stress saya 

tepi la mama nak tengok upin ipin nihhh..

Sekian untuk kali ini.



p/s : naluri keibuaan sangat magik


Tuesday, October 25, 2011

Newborn yang dah tak berapa baru :)




Assalamualaikum..






Entri kali ini cuma nak perkenalkan anak dara aku yang lahir 22/9/2011 hari tu. EDD yang doktor bagi 9/10/2011 tapi dia tak sabar nak tengok dunia, awal 3 minggu dia dah lahir.




Kenapa dia lahir awal ? haaa,sebab baby aku duk tunggang langgang dalam perut. ayat manis dia songsang..haha.Extended Breech, maksudnya kepala dia x engage betul,kepala dia duduk dekat tulang rusuk aku. (kalau nak tahu secara tepatnya,sila google..jangan malas..hehe)




So,pendekkan cerita,aku cakap dengan doktor,aku nak elective ceasarean, aku takut nak tunggu baby pusing duduk elok2. takut tak boleh nak meneran,takut baby distress,macam2 takut lah,lagipun sebab anak sulung, aku takde pengalaman lagi nak meneran ke apa. lebih baik aku ambik elective ceasarean daripada emergency ceasarean yang risikonya lebih tinggi.




Bila kita dah tahu bila baby ni akan dikeluarkan, aku lebih bersedia mental dan fizikal. Manusia ni biasa la kan, takut punya pasal, habis surah aku baca sehari sebelum operation tu.haha.kalau tak,sehari pun nak habis 1 muka quran pun mengah.. manusia, bila dah susah baru nak ingat Allah ketat2..teruk betul aku ni.





Nanti aku cerita macamana keadaan dalam operation room tu eh, aku boleh dengar semua sebab aku ambik bius separuh.sekarang cuma nak tunjuk baby je dulu..








Nursyifa Hakimah binti Shuhaizal


22/9/2011 @ 9 am @ 2.8kg


Hospital Sultanah Nurzahirah Kuala Terengganu







Hot from the oven :)


Hari ni genaplah usia anak ini 40 hari..eh,kiranya aku pun dah merdeka la kan? dah habis pantang la ye dak? nanti aku cerita keadaan dalam operation room pulak. tapi tak janji bila.mungkin esok,lusa atau tahun depan? haha..tengok mood la macam mana.

Bukan untuk apa pun cerita dalam blog ni,nanti aku boleh baca balik,supaya tak lupa perkara2 penting dalam hidup. Anak pun bila dia dah pandai buka dan baca blog ni, dia pun boleh tahu macam mana kita susah payah lahir kan dia.









p/s : tidur malam ku tak seperti dulu dah..habis dah zaman tido lena2 sampai pagi ;)


Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Kali Ini



Assalamualaikum

Belum terlambat rasanya nak mengucapkan selamat berpuasa dan mengimarahkan bulan penuh keberkatan ni. Setahun sekali dia datang dengan menjanjikan bermacam-macam bonus dan ganjaran untuk mereka-mereka yang tahu mengambil peluang.

Jangan kita puasa setakat menahan lapar dan dahaga saja. sungguh tak berbaloi. Ramadhan bulan penuh keberkatan, diawalnya rahmat, ditengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.




Alhamdulillah, tahun ni aku berpuasa dengan membawa baby dalam perut nih. Dah 30 minggu usianya, kalau ikut perhitungan sains, lagi 10 minggu aku bakal disorong ke dalam labor room. ouchhh. tapi itu kata sains, janji Allah tiada siapa yang tahu bila kan? Semoga dipermudahkan urusan kelahiran ini. Amin.

Aku dah pujuk awal-awal baby ni supaya bekerjasama dengan aku, boleh sama-sama berpuasa sepanjang ramadhan ni. Azam tu memang nak puasa penuh sebulan. Selagi mampu, aku cuba puasa. Tapi pagi-pagi tadi dah muntah seround. apa cite?? huhu.. Selagi boleh bertahan, aku tahan. insyaAllah.

Bila kandungan dah besar ni, rasa seronok sangat terutamanya bila baby ni dah pandai respon pada persekitaran dia. Kalau bagi salam, bercakap-cakap dengan dia, mesti die menggeliat sikit, kadang terlebih sampai berpusing.. seronoknya tu Allah sajala yang tahu. Moment paling best adalah bila kita baca Quran, walaupun pada awalnya dia tengah tido, bila kita mengaji,ajak dia dengar sama-sama, mesti ada respon dari baby walaupun dengan satu denyutan. Sungguh indah waktu itu :)

Aku pun dah start buat kiraan gerakan baby sejak minggu lepas, walaupun nurse tak suruh lagi, tapi aku belajar2 buat sendiri je. download carta gerakan baby tu, pastu catat tiap2 hari. Senang nak tengok progress dia. Kalau tunggu nurse dekat Klinik tu suruh, ntah bila la kan? bila puasa ni lagi la kena tengok betul-betul masa gerakan dia. Takut baby lemah, tapi orang kata walaupun kita puasa, kita lapar, baby ok je. kalau dia lapar dia makan la apa yang dibekalkan dalam perut tu.



p/s : ngilu woh bila terpandang gunting dan jarum..huuu

Wednesday, July 27, 2011

Sekadar berkongsi rasa



Assalamualaikum


Hari ni rasa rajin pulak nak jenguk blog kusam ni. nak cerita pasal diri sendiri yang semakin mengembang ke depan ni ha. tengok dari belakang macam biasa je, ce toleh tengok kot depan..hamek kau,perut skit punya menonjol..macam liquid paper pun ada.

Sekarang kandungan dah masuk trimester ke-3 dan secara tepatnya sudah 29 minggu..cepat masa berlalu, rasa macam baru lagi kawen hari tu. Alhamdulillah, kesihatan aku baik je sepanjang mengandung ni, mungkin baby pun turut faham keadaan mama yang jauh dari abah dan keluarga. jadi, tak boleh manja-manja, tak boleh sakit-sakit..

Aku tak sakit belakang, kaki pun belum pernah bengkak lagi. mintak jauh. Pernah sekali kaki aku kejang waktu malam, dalam 5 minit jugak menahan sakit. Tapi itu silap sendiri membiarkan kaki terjuntai waktu tidur dan tak pakai stokin. Sekarang ni, tiap-tiap malam aku pakai stokin dan letak kaki atas bantal nak elakkan kaki kejang dan tak nak bagi badan masuk angin. Alhamdulillah berhasil. Bangun pagi tak perlu lagi menderita perut masuk angin..chewahhh.macam tulis testimonial produk pulak..haha

Hari-hari aku doa semoga baby ni sihat kat dalam. aku takut terbersalin awal. kalau suami ada kat rumah takpela. selalu pujuk-pujuk baby supaya stay dalam perut ni sampai masa due date. Kalau terjadi apa-apa dekat kolej ada jugak kawan-kawan. Tapi kalau malam-malam, kebetulan pulak housemate takde macam mana kan? Mintak dijauhkan dari perkara yang tak diingini. Amin.

Tapi aku percaya bahawa Dia sentiasa melindungi kami. Mana mungkin Allah membebankan hambanya dengan sesuatu yang tak mampu kita tanggung. ye dak?

Semestinya si suami adalah makluk yang paling risau dengan keadaan aku sekarang, kalau dia nak balik ke penang hari ahad tu, mesti terperasan ada sisa-sisa airmata di tubir mata tu.haha.cengeng. Aku faham tahap kerisauan dia tu macam mana. tapi apa aku boleh buat kalau dah Allah tulis takdir hidup kita sekarang begini, mungkin di depan ada sinar kebahagian yang menanti. Kita dah berusaha kan, sekarang kita perlu berdoa dan bertawakal mengharapkan yang terbaik bila baby ni lihat dunia.

Dan aku kena kuat,kalau semua orang risau, aku pun rimas. Bukan aku minta duk berjauhan beratus kilometer macam ni. tapi tuntutan hidup yang memaksa. Aku cuma mengharapkan semangat dari semua orang. Aku taknak sedih2 memikirkan apa yang akan terjadi bila baby ni keluar kalau aku tak dapat pindah. Biar Allah je atur semua. aku dah usaha.bukan ke kalau kita sedih, baby dalam perut turut menerima kesannya kan?

"Jangan bersedih wahai hati. sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Berharaplah pada redha Allah semata-mata"

Pegang kata-kata ni, pasti aku dapat kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang bersama perut yang semakin membesar nih seorang diri 5hari seminggu. Semoga baby kat dalam kuat menghadapi dugaan ni bersama mama. insyaAllah.





Macam ni la rupa baby 29 minggu. Masing-masing tak sama kot. aku rasa kepala baby aku ni ada kat pusat. hehe.. sabtu lepas pun pergi scan kepala dia dekat sebelah pusat aku. Tak sabar nak tengok baby.hehe



p/s : tak tahu lagi jantina baby ni. malu-malu dia nak tunjuk, nak surprise mama n abah la tu :)

Wednesday, May 18, 2011

Aku Terima Nikahnya



Assalamualaikum..

"Aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut itu". haa itu kalimah keramat yang suamiku si ijat lafazkan 5bulan yang lepas. sedar tak sedar dah 5bulan kami disatukan.. Ulang alik penang-johor pun dah 5bulan. malas nak kira kos perjalanan..makan hati..heh..

Alhamdulillah walaupun tiap-tiap minggu ijat ulang alik dari penang ke johor ni, dia tak pernah demam teruk-teruk.tak pernah merungut. cuma letih badan tu biasa la kan.. Memang Allah bagi kekuatan pada dia. Siapa la yang sanggup nak ulang alik sejauh beratus kilometer setiap minggu semata mata nak jumpa isteri.. Aku sangat terharu dengan pengorbanan dia yang satu ni.

Setiap kali datang jumpa aku kat sini, dia akan naik bas Mayang Sari. Boleh dia cakap "2malam tidur dengan Mayang Sari, tidur dengan awak satu malam je". Kenyataan yang pahit untuk ditelan..ecehhh..boleh blah..hahaha.

Dulu kami janji nak selang-selang, ikut turn samada aku balik penang atau dia ke johor. tapi bila dah Allah bagi rezeki mengandung awal ni, agak bahaya untuk aku naik bas. Takut apa2 jadi pada kandungan. Sebualn je kot kami sempat selang2 ikut turn. So, terpaksalah ijat sorang je yang ulang alik. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu sayang. Menjaga isteri adalah satu ibadah dan jihad kan?

Oleh kerana hari ni 18hb, genap usia perkahwinan kami 5 bulan, aku reverse sket la eh..



Baju putih suci murni ni sah-sah la majlis nikah kan? Kami nikah kat surau dekat rumah aku je.. senang nak handle sebab aku buat majlis nikah dengan kenduri hari yang sama. Hajat zaman kanak2 dulu tercapai tu, nak nikah dekat surau nih..hehe.. kecik2 pun dah low profile, tak mengidam buat majlis grand2..heh, sedar diri kat mana tahap kemampuan aku..

Tok Kadi memang sempoi habis la, khutbah pendek je. pastu siap letak skrip kat depan ijat, senang sungguh.cuma baca je apa yang dia tulis tu.. Tok Kadi tu pun tak salam dengan ijat pun masa nak akad tuh, sedar2 aku dengar ijat cakap " Aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut itu" hah..simple kan? pastu tok kadi cakap "Alhamdulillah sah" dan terus baca doa.. Semoga Allah mudahkan jalan hidup kami seperti Dia mudahkan urusan ijab dan Qabul kami. Aminnn.



Lepas zohor, rombongan ijat datang. Petang Alhamdulillah tak hujan, jadi sempatla ambil outdoor sekeping dua kat pantai belakang rumah aku tu. Musim hujan, ombak sikit punya kuat. ambil gambar pun cepat2 takut hujan, tapi sampai ke malam tak hujan.. Syukur sangat walaupun bulan 12 musim tengkujuh, tapi masa majlis tu cuma mendung dan hujan sekejap sekejap je.



Baju kuning ni masa majlis sebelah ijat seminggu lepas majlis aku. Cuaca pun elok, panas terik. Penat tak payah cerita la kan. terutamanya bila majlis belah ijat tu, kemain penat lagi sampai takde mood la nak buat outdoor. Lagipun kawan2 ijat tak putus2 datang sampai ke petang. jadi kami decide nak layan kawan2 daripada tinggalkan majlis pergi outdoor.. tak sampai hati kawan2 datang dari jauh tapi kita takde kan?


Selamat la segalanya. sekarang menghitung hari tunggu baby dalam perut ni keluar pulak.
Doakan yang terbaik untuk kami yep.





P/S : Bila tengok muka ijat, boleh la pinjam tagline jambu sat..Muka legend tapi hati cute..ngeh ngeh ngeh





Thursday, April 28, 2011

Empat bulan ditinggalkan

Bismillahirrahmanirrohim....Assalamualaikum


Hah ambik, tak pernah2 tulis bismillah mula-mula ayat.. bukan apa, aku rasa dah sesat jauh sangat ni.. 4 bulan blog ni diprivatekan atas sebab2 mencari diri sendiri dan mencari alasan kukuh untuk terus menulis di sini..

Apa tujuan kau buat blog ni?

Itulah soalan yang sentiasa berlegar-legar dalam kepala ni.

Mula-mula dulu buat blog sebab suka nak luahkan apa yang terbuku kat hati ni. Sebabnya aku rasa aku tak perlu telan judgement orang bila kita luah direct dekat manusia yang ada macam2 pendapat dan andaian ni. Pendapat yang mungkin tak membantu malah menyakitkan hati lagi adalah.

Kalau tulis dekat blog, orang nak judge kata2 kita kat belakang, kita tak tahu. Mungkin tak menyakitkan hati sangat. mungkin. Dan kita bebas bercakap apa sahaja di sini. betul kan. dan yang penting tak melalui penilaian orang lain. Ko faham? aku dah tak berapa nak faham apa yang aku tulis ni..hahaha

Baiklah. Setiap kali aku nak buka balik blog ni, macam ada 2 sisi yang bercakap dalam diri ni.

Satu sisi kata :

Tak payah la tulis-tulis dekat blog. apa2 perkara yang kau alami dalam hidup sehari-hari kau, kongsi dengan suami dan kawan-kawan terdekat cukup la. tak perlu kau nak gebang kat seantero dunia kisah hidup kau tuh. Kisah kau bukan istimewa sangat sampai orang nak baca dan jadikan pedoman dalam hidup mereka.

Kau kerja 8am - 5pm. kau ada tanggungjawab, komitmen yang kena galas hari2. bila kau ngadap blog, kerja kau semua tertangguh. Berkat ke gaji yang kau dapat tu?

Bila sisi ni menerjah minda aku, aku terus tutup balik blog ni. cuba lupakan walaupun hakikatnya rindu nak menulis. serius rindu.

Bila satu sisi lagi menyokong :

Tulis la sikit2 pasal hidup kau walaupun tak hari-hari kau menulis. sekurang-kurangnya, bila kau lupa tentang sesuatu, kau boleh buka blog ni, tengok balik kenangan2 dulu. otak tua kau tu tak mampu pun nak ingat semua perkara yang berlaku. jadi kau kena dokumen kan. inilah cara paling mudah.

Kau kena ingat, nanti bila kau ada zuriat, dia boleh baca jugak pengalaman ibu dia, dari kau bujang sampai la anak kau mampu membaca isi blog ni. kau tak rasa benda tu suatu yang berharga ke? anak2 baca balik macam mana susahnya kau memberikan satu kehidupan pada mereka.

Pasal komitmen kerja kau, kau ada broadband, boleh menulis kat rumah. tak pun kau boleh tulis kat word dulu, dekat ofis kau cuma perlu copy dan paste sahaja kat blog ni. Jadi kau tak perlu ambil masa kerja kau mengadap blog ni kan?


Baiklah, so sekarang aku cuba. kalau tak mampu nak buat, aku privatekan balik.. blog aku, suka hati lah nak buat apa pun kan??

Tunggulah next post. nak buat next post kena pakai gear reverse ni.. huhuhu



P/S : Bukan senang nak cari kekuatan menulis balik ni. Bila fikir pasal anak, terus ada kekuatan.heh

Monday, December 6, 2010

Doa Tolak Hujan



Salam semua,

Lagi 13 hari, tamatlah riwayat Cik Suhaida sebagai anak dara jika diizikanNya. dah dekat sangat ni nak tukar status jadi Puan. Sudahkan anda bersedia? tanya anda-anda semua buat hape ek? aku dah sedia ke?

Sedia tak sedia, kena tempuh jugak masa yang bakal datang tu kan? Alhamdulillah setakat ni persiapan semua ok. Takde masalah. Tapi pagi-pagi tadi mak aku telefon bgtahu kad jemputan tak cukup.. Apa??? apakah? orang tua aku nih bagi kat sape kad sampai tak cukup? musykil aku? dah la kad yang bahagian aku dorang dah rembat separuh.. adeh..

Fotostat jela mak mana yang tak cukup tuh, haha. takyah fikir sangat. Musim-musim hujan ni kad cantik2 pon kalau kena air hujan basah kembang jugak. haha.

Kalau buat majlis bulan 12 ni memang kena bersabar la dengan ujian hujan yang Allah bagi tu. aku nak cakap 18hb nanti tak hujan pun tak boleh, tu semua kan rancangan Dia yang maha hebat. Kita ni sebagai hamba kena berdoa dan mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar.

Ada orang cakap dengan aku, panggil bomoh hujan la, lempar spender atas atap rumah la. macam2 petua. spender sape pulak aku nak guna?? yang dah bergulung tu ke? haha

Tapi bagi aku, semua tuh masuk telinga kanan, keluar telinga kanan jugak. Aku kureng sikit bab-bab macam nih. yang aku pandai cuma buat solat hajat je minta semua baik. baik cuaca, mahupun perjalanan majlis. Ingat satu jela. Sehebat mana pun rancangan kita, rancangan Allah tu lagi hebat. Redha je la kalau masa majlis tu hujan. Bomoh2 semua tu pun manusia macam kita jugak. tak hebat mana kot??

Aku jemput la semua datang memeriahkan majlis aku tuh. Aku faham kalau yang jauh2 tak dapat datang. kalau jarak perjalanan 2 3 ratus km tuh, aku faham sangat.banyak kekangan. setakat najib bagi 500 hengget tuh, tak cukup der.Ntah2 dah abis shopping? tengah Year end Sale ni.. ngaku jela semua dah g menebeng kat sopping2 complex sana kan?? aku pun.heh.

Cuma aku mintak doa kawan-kawan semua semoga majlis tu berjalan dengan lancar.

Kalau setakat 2km je tuh, tak datang memang ah korang. heh.In advance, aku nak ucapkan Terima Kasih ye.






Sekian. Doakan semoga semua elok2 belaka eh. nak bagi hadiah pun ok. Aku tadah je :D




P/S : sape ada doa tolak hujan?? bak sini :)

Saturday, November 13, 2010

Memori Tercipta



salam semua,



entry kali ni aku nak dedicate khas tuk budak 2 orang nih, si Fid dan Jot (pelajar LI kkledang merangkap housemate sekejap)

lepas ni.. dah takde lagi adegan berebut remote astro nak tengok cite kegemaran masing-masing. aku nak tengo cite korea ko sibuk nak tengok sukan kan?? saje je kan?

lepas ni..dah takde lagi adegan mengadu domba kat ym sampai nk retak skrin laptop. ok melampau.

lepas ni..takde lagi mesej2 walaupun kite di tempat yang sama..bazir kredit aku woiiii..

lepas ni..dah xde lagi adegan beratur nak iron baju dan beratur nak masuk bilik air pagi2.

lepas ni..berapa banyak lepas ni dahhhhh...cukup la tu..


nah amik lagu ni untuk korang kasi feeling sket..ehehehe






Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan kan? cuma cara berpisah tu macam2..ada yang takkan jumpa lagi, tu maut la yang memisahkan kita, ada yang berpisah dengan meninggalkan banyak kenangan manis bersama dan ada sebaliknya.

Tapi..tapii..sila kutip segala kenangan dan pengalaman tuh, simpan elok2 dalam bakul dan gunakan bila perlu ok? Pengalaman adalah guru terbaik untuk kita.

InsyaAllah jika tiada aral, akan datang pasti kita akan bertemu lagi. Mungkin pertemuan yang lebih manis dari kali ini? mungkin kan?

hamboiiii,jiwang plak..dushhh..


pesanan khidmat masyarakat dari i untuk u all:

Pertama : Duk kat poli perlis sana baik2 ok.. taknak pesan suruh korang belajar rajin2 sebab akak tau korang memang terlebih rajin dan skema..hahaha.. Fid skema kan jot?

Kedua : Jangan bercinta sangat lah masa tengah belajar nih.. kebanyakannya tak tahan lama. kebanyakan ok?? tunggu nanti dah kerja baru fikir serius ok? Kalau dah kerja pun takde calon lagi. Tunggu pencenlah.. Adalah tu nanti. haha

Ketiga : Apa yang tak elok korang belajar kat sini, jangan bawak balik poli ok? memang x elok lah. yang elok2 je boleh ambik wat bekal tengahari.eh eh, wat bekalan hidup.

Kita hidup base on pengalaman.eh,bukan dah tulis ke tadi? lantak lah..haha.. kalau kita tak rasa dulu pahit manis, memang kita takkan tau rasa dia camne? paham tak cikgu cakap ni??? Tak faham boleh blah..

Keempat : Makan ketupat sila ingat akak laju2 ok? sila praktis buat trifle sampai jadi cantik2..kan mak kita selalu pesan, Practise make perfect? haha.pandai pulak mak kita cakap english..

Kelima : fid sila pakai kasut tuh,kasut memang letaknya di kaki dan perlu dipakai ke mana jua..Kalau rosak buang je, xyah simpan wat kenangan.. (ambikla gambar kasut tuh,printkan,letak bawal bantal jela kalau nak wat kenangan sekalipun) hakhak.

Keenam : ni pesanan khas untuk Jot, diulangi,khas untuk jot..fid ko boleh terus scroll bawah takyah menyebok baca lah.

Jot oo jot, tempat beg adalah di bahu, bukan peram dalam plastik buat tempat lipas bersetubuh.. faham? kempunan akak nak tengok ko mengayakannya walaupun akak tahu memang x bergaya pun..haha..(akak perli nih,kalau tak paham memang ah ko!!)

Jot lagi (Fiddd,jangan baca lah) haha.. Jangan simpan dendam dan amarahmu itu.. chewahhh.. tak baik untuk hati kita ok? lagipun nanti muka ko merah macam udang kena rebus. tak cun langsung..kahkahkah.

cukup lah setakat ni kot..hehe.ok bye.









Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

(biasa ah cilok,x kuasa aku nak reka sendiri.haha)








P/S : Jauh mana pun kita berada, kita tetap pandang bulan yang sama..tetiba.. Selamat Hari Raya Haji semua..peace.



Saturday, October 30, 2010

Rindu Yang Tersisa

Salam semua..

Hari ni sabtu, rasa macam dah banyak sabtu aku tak membongkang kat rumah sewa ni. Biasa kalau hujung minggu je balik kampung. pergi sana pergi sini duk ukur jalan raya..

Sabtu kali ni, duduk rumah saja. pagi tadi pergi jugak kolej sekejap konon nak buat kerja tapi hampeh. mood tak datang. ada mood weekend je tapi tak tahu nak buat ape.

Eh, dapur rumah tu tengah renovate,tukar pintu,cat, pasang tiles baru dan buat piping baru. Dah dekat seminggu dapur tu tunggang langgang, nak pijak pun tak sedap, balik kerja aku mop, esok petang nya kotor lagi. haisshhh, ponat den. bila la nak siap kerja2 tu semua.

Susah jugak kan ada tuan rumah yang banyak duit, semua benda nak dibetulkan. hehe. tapi kami yang menyewa ni lah yang untung kan? Bab nak mengemas je yang tak suka tu.

Kalau sabtu minggu lepas, aku tengah berseronok ronok kat kampung dengan incik ijat cari barang2 hantaran dan bunga telur. Tapi hari ni, hanya rindu yang tinggal. eceh :P


abaikan background tuh, adat la rumah semak kalau tengah renovate kan?


Trifle ni lambang kasih sayang. ok tipu. bukan lambang kasih sayang, lambang cinta pun bukan. Trifle hasil dari kebosanan tahap drakula akibat tersangkut kat tangkak pada hujung minggu. tak suka betul :(

Rindu jugak pada mesin kat bawah ni. huhu




gambar contoh, bukan aku punya :)



Mak aku gunakan kuasa bulan dia suruh tinggal je si pinky ni kat kampung, tiap-tiap weekend takkan nak balik berulang dengan kereta, bukan perjalanan sejam dua, 7 8 jam perjalanan woh..

Lagipun tak kan nak drive sorang kan? tak daya gak aku. Kalo dah mak aku bergabung dengan kuasa naruto bapak aku, apela aku boleh buat, redha dan berserah jelah tinggalkan pinky tu kat kampung tuk sementara waktu ni. Pergi kerja merempit dengan icon comel macam biasa. hehe.




Hah, yang atas ni baru aku punya. kalau tinggal kat kampung, memang kesian lah, berhabuk 1 inci. bapak aku tak reti bawak kereta, boleh tolong panaskan enjin jela. Takpe2, cuti deepavali aku balik aku kerjakan pinky ni bagi berkilat. sabar sue sabar :D

Sekian sahaja laporan hari sabtu yang boring dari saya. Peace.



P/S : pandangan mak ayah tu adalah yang terbaik. Jangan bangkang sangat lah. heh.

Thursday, October 21, 2010

Nak tengok tak??

Salam semua..

semalam aku kata nk update malam semalam tapi xdo kan? broadband tu memang hampeh cipan la. bukan main lembap lagi..

takpe2,jangan emosi sangat la. aku tak nak bebel panjang2.ko pun bukan nak baca sangat kan kalau tulis panjang2 kan?

sekarang ni aku nak tunjuk gambar je. alah,macam biasa orang cakap. "biar gambar yang menceritakan segalanya" . tak gitu??


Going back HOME.. Home disini bermaksud tempat yang jiwa dan raga setiap masa berada di sana, banyak kasih sayang dan tempat kegemaran saya. bukan rumah biasa2. di tangkak kita tak panggil home. sebab dia rumah tempat berteduh SAHAJA. tiada apa disitu. ok cukup la definisi rumah tu. dah faham kan?


Bawa sekali housemate 3orang sebab depa gian nak g pulau. ok memang rejeki depa pulau belum tutup. Kalau lewat seminggu pulau dah tutup. eh kau ingat pintu je ke boleh tutup buka? pulau pun boleh.. Tengkujuh nak datang. Jadi kena tutup kemas2 rapat2.


ok takpe, bagi chance kat depa. aku tak ikut. banyak urusan bakal perantin nih.ahakss.


************

Belah malam pulak kami pergi makan seafood, dedekat rumah aku jugak, tepi laut.. pehhh angin dia sikit punya sejuk.


Banyak giler ode,siap tapau lagi yang tak habis. gile ah ko, kerang tu portion tuk sorang makan setengah kilo.aku ingat sepinggan kecik je. mana nak abis kalau dah ambik tuk 3orang makan??

masa makan ni la kereta aku kena calar :( ..cisss bedebah.nasib baik sikit. boleh polish.

************

Pagi ahad, kami main ombak kat belakang rumah.sambil2 tanam kaki mak aku dalam pasir pantai. Eh, air laut dan pasir pantai salah satu terapi yang bagus. kalau lenguh2 gatal2.boleh berendam dalam air laut. rasa best je lepas rendam tu. cayo lah cakap den.


************

Sebelah petang pulak bawak depa pergi jalan2 kuala trg,taman tamadun islam dengan pulau warisan..malas nak cite la.tengok jela :P




banyakkkk lagi gambar tapi x larat dah nak upload. minggu ni balik HOME lagi..oh sungguh seronok. tak rasa penat kalau pergi tempat seronok walau jauh beribu batu. ecehh..


haha.sempat lagi. fiddd..tq ye.




P/S : aku gerun tengok wedding tickers sebelah kanan tu..aiyyyoooo..




Wednesday, October 20, 2010

Janji Tinggal Janji



Muak dah aku tengok tajuk entri Album Raya 2010 kat bawah ni.. Lama beno tak update.

Semalam aku janji dengan diri sendiri, nak update blog tapi hampeh. Tak bukak langsung.

Hari ni,aku tak janji tapi aku cuba update malam ni. sekarang tak boleh.

Banyak perkara harus diberesin *indon tetiba*

Sekian, hingga bertemu lagi :)





P/S : Kete aku kena calar.damn.


Thursday, September 23, 2010

Album Raya 2010

Belum terlambat rasanya kalau aku nak ucapkan Salam Aidlfitri untuk semua. Pasti semua masih sibuk kira nak pergi beraya ke rumah siapa lagi kan? aku pun sama.hiks. Rumah sendiri tak pulak selak langsir jemput orang datang. Alasan cliche *bujang lagi* .heh


Nah ambik se das cover album raya 2010

ok tipu je. ni raya ke2 dah.


Aku boleh lupa pulak nak bergambar sakan dengan family masa pagi raya tu. Agak sakit hati bila terfikir pasal tu.

Takpelah, aku seronok tengok kawan2 upload gambar raya mereka kat Facebook. Boleh la tengok kemeriahan keluarga masing2 beraya dengan baju tema yang cantik2 belaka..

Tema baju raya keluarga aku tahun ni : WARNA WARNI DI AIDILFITRI :D. main belasah je pakai ikut dan.

Tahun ni memang tak beraya ke mana sangat pun. Mak aku kan sakit. Jadinya kami memang tunggu orang datang rumah je. Hah, memang tak berhenti la aku buat air dari raya pertama sampai aku balik ke Tangkak. Berhenti pun bila aku cabut pergi kenduri je.

**********


Raya keempat kawan sekolah aku kawen. Dah macam reunion sekolah la jawabnya.


Gambar dicilok dari Facebook Apih :)

Lepas tu, raya ke berapa ntah kawan aku satu sekolah jugak bertunang, aku kalau orang ajak makan memang tak tolak kalo takde hal lain. Jap2 aku cari gambar bukti kejadian :)


kalau aku lah yang tukang postmortem gambar, memang huduh.

**********

Habis sudah cerita raya, kembali ke sekolah a.k.a kolej, kami atau aku sebenarnya yang lambat tahu ni, telah dikejutkan dengan berita sedih. Sorang pelajar semester 4 telah meninggal masa hari raya kelima. Kemalangan dengan lori kata kawan2 dia.

Aku terasa kehilangan jugak sebab arwah tu salah seorang student kelas matematik aku. Kelas dia tak ramai, ada 4orang je. sekarang dah tinggal 3 je. arwah tu baik budaknya, dalam kelas pun dengar kata.



ni masa arwah menang pertandingan sajak

*semoga roh nya dicucuri rahmat*



P/S : biasa orang yang baik2 ni pergi dulu. Allah sayang.

Thursday, September 2, 2010

Kalau Guru



Walaupun hari ni bukan hari guru, tapi aku nak share satu artikel yang agak menarik nih,sama-sama la kita renung dan tengok mampukah kita jadi guru terbaik tuk pelajar2 kita.

Kalau aku, belum mampu lagi, banyak lagi kelemahan yang nak kena baiki (^_~). Masih dalam proses belajar :)



Kalau guru menunggu diarah
Semua kerja kena kerah

Kalau guru kurang mengajar
Dapatlah pelajar yang kurang ajar

Kalau guru tak bersedia
Di dalam kelas banyak bercerita

Kalau guru kenal pelajar
Di luar sekolah pelajarnya tak liar

Kalau guru suka berdamping
Semua pelajar dapat dibimbing

Kalau guru sentiasa sibuk
Kelasnya jadi hiruk pikuk

Kalau guru malas membaca
Ilmu diajar tak tahu punca

Kalau guru selalu marah
Pelajar jadi tak tentu arah

Kalau guru tak suka pelajar
Tiada berkat ilmu yang diajar

Kalau guru banyak tahu
Bimbinglah pelajar agar berilmu

Kalau guru tak galak mencuba
Murid sekadar asyik menerima

Kalau guru kurang merancang
Dalam kelas banyak temberang

Kalau guru ada kepandaian
Bantulah pelajar dengan kemudahan

Apa guna menjadi guru
Kalau fikiran masih bercelaru

Apa guna menjadi pelajar
Kalau masih kurang ajar

Kredit to : PAMIESZ




p/s : dah nak raya, jasad kat sini, jiwa raga kat kampung dah :D



Sunday, August 29, 2010

Berpuasa di Kampung Memang Seronok






Salam semua.


Setuju tak dengan tajuk entri tu? Aku 127% setuju. Kampung halaman kita la tempat paling best berpuasa. Mana taknye daripada mula-mula belajar puasa, buka petiais siang2 masa bulan puasa,main tanglung masa malam 7 likur,solat terawih,bakar mecun pastu lempar kat kawan, pengalaman2 tu semua aku yakin kita belajar masa kat rumah makayah kita kan?

Makanan yang kita suka dari dulu sampai sekarang mesti ada kat kampung kan, makanan2 yang kita rindu dan teringin nak makan mesti kat kampung kita je paling best, bila dah duduk tempat orang,makanan tu dah jadi macam2 gaya,macam2 rasa. Dah tak sama dengan yang ada kat kampung sana kan.

Macam aku ni duk terengganu, nasi kerabu buat buka puasa memang best. Dekat tangkak memang ada jual tapi tak sama dengan yang ada kat kampung.




Gambar 1st tu contoh nasi kerabu terengganu, yang kedua tu nasi kerabu tangkak. Haa yang ori punye memang kaw la,mane ade taugeh kan,ulam je penuh, budu sikit punya banyak.haha. mana tak kaw.

Hari tu, housemate aku kirim beli nasi kerabu, terliur agaknya tengok aku makan, dah lidah johor,hari2 makan tempe,terkulat-kulat nak habiskan nasi tu. macam2 alasan, nasi banyak la,kering tak berkuah la,pedas la. aku rilek je habiskan. haha. kelako jek. sumpah tak beli dah pasni dorang tu :D.

Kalau solat terawih pun lain jugak, kalau kat tangkak,kita masuk je surau, kena salam semua orang yang dah ada, kalau datang awal, tak payah salam ramai2,orang datang salam kita. Pastu habis solat isyak pun salam jugak, abis terawih salam lagi. 3x salam la.. bagus jugak kan. Kalau masuk2 surau terus duduk memang orang pandang2 jugak la, aku kadang tu lupa nak salam, buat muka tak bersalah je terus duduk..heh. tak biasa la makcik oii.

Kat kampung aku biasa jela,selagi tak habis terawih tak salam la. sekali je satu malam.. kalau kat kampung bila dah besar ni,duduk jauh, dah immune dah time salam orang akan tanya "bila balik?" "lama cuti?" :). Kalau time salam tu diorang cakap "Jemputla buka puasa kat rumah, banyak makanan best2" baru best kan? tapi harapan tinggal harapan jela.

Eh,terawih kat mane2 pon takpelah janji ikhlas.eceh.

Banyak lagi kalau nak dicerita keseronokan berpuasa kat kampung dan lainnya bila duduk tempat orang ni, mau berjela entri ni. Lain kali la aku sambung, belum masuk bab mercun,rumah perahu,kuih raya bagai tu.

Kat ceruk mana pun kita duduk,kita kena belajar cara dan budaya tempat orang,tu semua pengalaman, takde ajar dalam mana2 buku pun, kan dah cakap "Lain Padang Lain Belalang, Lain Orang Lain Cara" betul ke? hakhak.



P/S : Bila kita dah berjaya, jangan rasa kita dah bagus, dah boleh berbangga, kerana JIWA kita belum tentu berjaya.peace. :)



Saturday, August 21, 2010

Aku Yang Kerdil

Salam Ramadhan semua..


Setelah sekian lama aku tak mengadap blog cabuk ni. Kelu sekejap. Mana nak start pun tak tahu dah..



Kalau la blog aku ni diibaratkan macam rumah, mesti dah bersawang tak nampak siling, habuk kat lantai dah cecah 5 inci setengah dan serangga-serangga seronok berlari-lari buat macam rumah sendiri. Paku pakis tak usah cerita la,serba mak nenek dah tumbuh melata di setiap pelosok ruang agaknya. Tapi sebab ni sekadar blog, tak nampak la semua tu. Nasib baik. Kalau tak, dah boleh cop "anak dara pengotor" dah..heh.


Ada orang tanya, "eh sue! nape dah lama tak update blog? (sorang je tanya,hahaha jangan la nak perasan ada orang baca blog ni.kan kak ina kan?)


Pastu aku dengan rasa tak semangatnya jawab " ermm,ntah la kak, rasa macam malas dah nak update. (muka give up abis ah)

Aku pun mula la fikir-fikir apa la yang buat aku jadi malas nak update dah. kadang-kadang rasa nak delete terus je blog ni.abis cerita kan?



Jom cekidaut-cekidaut wat happen to me..*english mabuk*

First of all..macam nak berucap pulak dah.. Aku sibuk dengan hal duniawi.eceh.

Bila fikir-fikir tak tahu la sibuk apa sangat, masuk kelas, buat soalan untuk assessment student (tu pun banyak cedok yang last sem), ada Program Adikara Ledang dengan Kembara Mahkota Johor Fasa II. Tu je kot..

ah, bila semangat nak update dah luntur,macam-macam alasan la kan?


Fakor kedua yang menyebabkan saya malas mengemaskini blog ini adalah (teringat time perah otak buat karangan tingkatan 2 dulu-dulu,ayat mula-mula mesti statik sama gitu je sampai habis karangan.haha)

Aku suka berjalan. Tak kira la berjalan menggunakan kaki, tangan atau mata je yang berjalan. Yang penting ada istilah jalan-jalan.heh

Kes ni aku berjalan di alam maya.aku jelajah dari satu blog ke satu blog, baca pengalaman hidup orang lain. Tetiba.. aku terjerumus dalam satu blog ni..

Pergh kau, sangat-sangat la menarik. pemikiran penulis ni aku salute la, jenis budak yang berfikir luar kotak dan kreatif. Budak lagi,muda pada aku. Aku baca satu-satu entry dia, memang best, pandai menyusun ayat.

Dan, tak heran la kalo followers dia nak cecah 5000. Aku perati 2 3 hari jugak la. Average dalam sehari akan tambah 100 followers baru. hah kau? dah nampak dah kehebatan budak ni tang followers tu kan?

5000 followers dalam masa setahun setengah hebat la kan? Siap ada fanpage lagi you..kau ada?


Bila aku muhasabah diri, betapa kerdilnya aku dalam bidang penulisan blog ni. Itu la aku rasa penyumbang utama kemalasan aku mengadap blog tak ilmiah lagi tak best ni..


Dan aku buat kesimpulan bahawa blog ini hanya sekadar tempat nak meluah sesuatu yang tak terluah, tal lebih dari itu.titik.


Lepas raya ni sibuk dengan persiapan kawen plak. aiseymen, nak jadi bini orang dah wei.. takut-takut excited gitu. hahaha.






P/S : Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.(sumber: iluvislam.com)




Monday, July 19, 2010

Semester Baru..Peraturan Lama

Salam semua :)


Semester Julai dah start.Rasa macam baru lagi student final. Ni dah dapat student baru lagi.
Kali ni tak ramai macam semester lepas, relax la sikit. 31 orang student je ambil matematik kalau nak dibandingkan yang lepas 98 orang. Jenuh woh nak jerit dalam kelas kalau student ramai.

Pernah satu hari tu aku masuk kelas,mengajar pakai portable speaker..dieorang cakap macam nak nyanyi dah. Biar la,janji aku tak perlu jerit sampai longgar anak tekak ni.

Aku mengharapkan pelajar semester 4 kali ni lebih terdidik dari yang lepas..Senang sikit nak ajar dengan aman dan tenang :) mudah mudahan.

Kali ni macam biasa,rules dia macam yang lepas-lepas jugak. Masuk kelas aku wajib ada kalkulator, haruslah ada dah belajar matematik kan?

Tak boleh lewat masuk kelas, sebab aku sangat la punctual,kadang-kadang terawal.huhu. dah terbiasa. Jadi kalau student lewat masuk 10 minit,aku denda.

Denda..sekarang mana boleh pakai rotan,maunye mak ayah diorang datang cari aku,tak pun pak polisi datang nak berkenalan lagi susah.heh.

Jadinye denda sama macam yang lepas-lepas, aku suruh je dieorang yang lewat ni baca apa-apa bacaan dalam solat. doa qunut selalu aku test. tergagap gagap kau..hujung-hujung je dengar. surah lazim pun tunggang terbalik. hurm. itulah anak-anak muda sekarang. sedih bila difikir-fikirkan.

Kalau lewat 30 minit,aku potong 1jam.haaa,padan la kan? kalau kelas 3 jam, aku akan kira kehadiran 2 jam je. Kalau dah kumpul-kumpul, hujung bulan dapat surat amaran mula la nak menggelabah.

Kadang tu bila kita hantar surat amaran ke rumah pelajar, mak ayah dieorang datang kolej,tanya kenapa anak dieorang dapat surat amaran sedangkan hari-hari pergi kelas. Mak ayah,mana tahu anak dia ke mana kan? memang la dia bagitahu kat mak ayah nak ke kolej. tapi betulke ke kolej? itulah cabaran kami pendidik kat sini (T_T)

Dalam pada tu,sempat lagi dapat ni...

:
:
:
:


apakah?


Memang buta kayu betul la budak-budak ni. Tak nampak ke hari-hari aku menjerit marah-marah dieorang,kuat membebel dalam kelas, cepat naik suara bagai. Baik hati mendenye??

Tapi,aku rasa sebab semester lepas aku ajar hampir semua kelas semester 4. Tu yang dieorang dapat jugak tempias undian dieorang tuh. Betul dah tu :). Thank u ye kamu semua untuk itu :)

Doakan saya dapat tawan dan lembutkan hati junior-junior kamu pulak. Amin.


Ok dah la tu, nak pergi study sikit untuk kelas esok.

Salam semua.






Sunday, July 18, 2010

Finally...i reached 25

Hari ni birthday aku yang ke 25.wewiittt dah suku abad dah pun.huhu

Terima Kasih pada semua yang mengingatinya dan yang wish tak kira la melalui medium ape

sekalipun, mesej ke facebook ke friendster,email..semua lah. i luv u all.

dan kepada tunang tersayang,thank you untuk kad dan hadiah tu.suka sangat.thank you so much.

sayang awak sangat-sangat :)


Oh Shuhaizal Mohd Noor,

Walaupun siapakah dirimu, dimana jua dikau berada, ku tetap mencintaimu melalui naluri kasih

sayang yang diizinkanNya, usahlah gelisah andai kita belum diketemukan lagi. Yakinlah pada

ketentuanNya adalah yang terbaik untuk kita berdua. Jadikan ijab dan qabul menjadi saksi

ikatan cinta kita, sebagai jambatan mencari rahmatNya, ku tetap mencintaimu keranaNya, demi

redhaNya.


Doakan hubungan kami ini kekal sehingga hujung nyawa kami dan sentiasa dalam redhaNya. Amin :)




Friday, July 2, 2010

Kembara Mahkota Johor 2010

Salam Jumaat semua :)

Hari ni dekat kolej lengang, sepi je..sebab ramai yang bercuti.
Student tengah cuti semester, jadi ramai la yang ambil peluang untuk bercuti dengan keluarga.

Aku je tak cuti, simpan cuti untuk kawin..hahaha.

Ada yang pergi Bandung,bestnyeer kalau dapat ikut..Apakan daya, simpan duit untuk majlis kawin..heh.

Ada yang pergi Pulau Lang Tengah..Apakan daya ku, simpan cuti.simpan jangan tak simpan :)..

Eh,aku nak cerita pasal kembara mahkota johor la, melalut pulak.


Nak dijadikan cerita, Kolej kami terlibat dengan aktiviti kembara ni, jadi kami adakan program khidmat masyarakat kat Kampung Chamek,Kluang. Jauh giler la kampung tu,ceruk masuk ke dalam ladang kelapa sawit sana.






Masalahnya sekarang, kitorang pergi sana untuk bagi khidmat masyarakat. Tapi?? Masyarakat macam tak perlukan khidmat kami. Tak ramai yang datang terutama kaunter aku.huhu
Mungkin penduduk kampung tu tak ramai, anak-anak muda biasalah ramai yang berhijrah ke bandar. Ape barang duk kampung kan? Maka tinggal la orang tua dengan kanak-kanak saja.

Student dan Staf UTM pun ada buat kursus komputer untuk budak-budak kampung, kami pulak buat aktiviti gotong royong, servis motorsikal dan kursus membuat roti.



Pandai betul student aku buat-buat rajin kan?



senyap semua,nanti doh terkejutt :D



menulis resepi ke isi borang poligami suami? :D



moto banyak,tuan punya moto mane??



kan aku dah cakap? sapu tempat yang bersih apehal?? buat-buat rajin :D


Aku macam biasala, buka kaunter untuk pengambilan pelajar,macam promosi kolej camtu la.



Buat penat angkut bunting je,yang datang cuma kanak-kanak baru nak belajar membaca (T_T)





Sultan akan lalu ikut jalan keretapi Kg. Chamek ni. Singgah kejap je. tapi aku tak dapat tengok Tuanku dari dekat, aku punya turn bertugas hari sabtu, Tuanku datang kampung tu hari ahad.


Papan tanda senget disebabkan oleh si lebih lemak ini bersandar :D


Bila perut dah lapar,semua orang telah mengeluarkan perangai terejal masing-masing. Mereka ni hyper kalau bab-bab melantak nih.. Tengok la kalau tak percaya.





mamat baju putih buat tutorial cara makan yang betul, aku?? dah selamat masuk mulut.lapar beb :D





malu sendiri aku tengok :D





sudah la tu :)



walaupun tak ramai mengunjungi kaunter promosi, tapi kami cuba memeriahkannya.



hadoiii,patah la basikal anak orang tu. Meriah bukan?