Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Thursday, March 4, 2010

Derma Darah

Semalam kat kolej aku ada buat program derma darah.Pasukan drakula dari hospital muar datang untuk ambil darah kami.hehe.haaa,aku pun ape lagi dengan tekad dan keazaman yang menggunung tinggi,aku serah diri la kali ni.maklumla program yang lepas-lepas aku tukang tengok je,takde keberanian nak berhadapan dengan si halus tu a.k.a jarum :)

Tapi yang pasti aku tak akan pergi menyerah diri sorang-sorang la,aku post kat facebook ajak semua kawan-kawan join.ada la dua tiga ketul yang turun.takpe takpe janji ada kawan.malu weiii kat student,so kena berlagak berani la kan walaupon tangan aku sejuk gile.heh,

Masa isi borang tu aku siap cakap kat member aku,aku macam takleh derma darah, darah dah beku sebab tangan aku sangat sejuk..hahaha baiknye teori kan? Betul la kan?? Kalo air letak dalam peti ais leh beku,darah aku pon sama la kan? (^-~)

Lepas tu dengan rasa bangga nya aku potong Q untuk cek berat dan cek kandungan darah samaada selamat atau tak untuk disedekahkan pada yang memerlukan.eceh. aku pun naik la atas penimbang digital kepunyaan kakak drakula dari hospital Muar tu.dengan disaksikan oleh pelajar-pelajar aku,berat yang tertera ialah 48kg.haaaa,bangga je muka aku terutamanya bila kakak tu kata “comelnye berat 48kg je” :D. Aku tak bangga ok? Pipi aku semakin chubby,badan cekeding .dah macam alien korang tau?

Lepas cek berat, cek darah pulak,dia cucuk hujung jari aku nak ambil sample,errr part ni tak best nak cite :(. Kakak tu cakap darah aku cair,bila dia cek kat mesin hape ntah name tu,memang sah aku tak boleh derma sebab angka kat mesin tu tunjuk kepekatan darah aku 12.3 je.yang paling minimun ialah 12.5.alaa.tak significant pun amaun tu kan? Tapi apa boleh buat,terkubur di situ jela niat suci murni aku (^-^) .

Tengok la gambar-gambar kat bawah ni,sudahnya aku jadi cameraman jela..derma jugak tu kan? Derma memory handphone.heh.ada la daripada takde :)


~muka semangat~

~pucat amier dah tak nampak sebab tinted..haha~


~darah dia sangat pekat.huh.jeles~

No comments:

Post a Comment