Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Monday, March 8, 2010

RM 100 dan Harga Diri

Ini ada satu kisah yang boleh kita jadikan panduan. Ia berlaku ketika satu sesi motivasi.

Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit
RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada
50 orang pesertanya.
"Siapa nak duit ni?” tanya Prof Ibrahim. Semua peserta mengangkat tangan. Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu."

Prof. Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya :
"Ada sesiapa yang nak duit ni lagi". Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.
"OK, apa kata kalau saya buat macam ni?". Duit RM100 itu dicampakkan dan ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya. Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?", tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan. "Haa..apa yangboleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?", tanya Prof. Ibrahim

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof Ibrahim.

"Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak," kata Prof. Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan
suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tapi walau apa pun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi. Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita..." jelas prof Ibrahim.

haaa biar aku ulang lagi ek, HARGA DIRI KITA BUKAN DATANG DARIPADA APA YANG KITA LAKUKAN ATAU SIAPA YANG KITA KENAL, TAPI SIAPA SEBENARNYA KITA..hurm,kesimpulannya percaya pada diri sendiri, jangan dengar cakap orang,buat apa yang kamu rasa betul ok?? Kita semua sangat bernilai pada orang yang sayang kita,abaikan mereka-mereka yang suka bercakap-cakap itu ini konon mereka tu perfect lah sangat..Sebab bukan mereka yang memberi kita sesuap nasi.kan? :)

No comments:

Post a Comment