Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Monday, March 29, 2010

Dulu & Sekarang

Dulu..

Masa kecik2 selalu main cikgu-cikgu,adik-adik aku jadi anak murid. Habis buku-buku lama aku tanda,cikgu kan,kena lah tanda buku anak murid.

Siap ambik duit dalam poket seluar ayah buat beli pen merah tu,nak bagi nampak real macam cikgu.hehe.

Habis kitab ayah aku,buku 555 mak aku, aku pegi tanda siap bagi bintang lagi.hahaha.Gigihnya aku main cikgu-cikgu.

Tak cukup dengan tu,rotan ayah aku pun aku ambik kepit celah ketiak,cermin mata mak aku pun aku pakai.Cermin mata besar dari muka pun aku peduli ape,janji nampak macam cikgu.heh.


Sekarang..


Nah kau,dah jadi cikgu betul-betul.dapat anak murid super duper hyper tak hengat. Adik aku pun tak hyper macam diorang ni.

Pen merah masih ada,sama macam zaman berangan dulu,buat tanda kertas jawapan mereka ni.Bukan tanda la,pangkah jawapan diorang.haha.

Dah tak perlu tanda kitab ayah aku lagi,kertas jawapan dorang ni bertimbun atas meja aku,dah tak larat nak bagi bintang. Nak menanda pun fikir 17 kali.huh.

Sekarang aku tak kepit rotan pergi kelas,kalau kepit rotan pergi kelas zaman sekarang ni,mau mak ayah anak murid aku kepit aku kat celah ketiak dorang,oh tak sanggp.

Cermin mata??? hahaha,tulah agaknya dulu selalu ambil pakai cermin mata besar mak aku,nah sampai sekarang pun aku pakai cermin mata.padan muka kau sue. T_T






Dulu..ada dua handphone
Sekarang..ada satu je ;)..abangggg cepatla carikan hp merah tu balik.

No comments:

Post a Comment