Selamat Datang :)

Saya selaku tuan rumah mengalu-alu kan kedatangan anda ke blog cabuk tak cool ni :).Kalau tak berkenan sila tinggalkan blog ini dengan kadar segera.Sekian.



Thursday, March 11, 2010

Wahai Pelajar Sekelian

Tarik nafas dalam-dalam....hembus..tarik lagi..hembus..huh.

Darah Tinggi? Ye, aku akan kena darah tinggi dalam usia muda jelita ni kalau hari-hari aku mengadap pelajar-pelajar yang very the hyper ni tau :(. Sangat hyper ok,jenis tak boleh duduk diam,suka kacau kawan-kawan buat kerja,kerja kau apa? meniru je pandai.

aku bagi kau buat assingment bersantai-santai dekat library.kenapa library?? sebab selesa.nah! baik punya pensyarah kan tak nak anak murid tak selesa buat kerja dekat lab yang suhu tahap ketuhar gelombang micro tu.

Tapi apa balasan yang aku dapat? kau buat sepah dekat library, berborak pasal bola macam tengah duduk bersantai kat kedai kopi, berlari main kejar-kejar,main sembunyi-sembunyi dekat celah rak-rak buku.korang ni umur berapa hah? kenapa perangai macam budak tadika??

Tolongla.Tolong ok.Kamu semua umur dah 20/21 tahun,bukan 2 tahun setengah nak berperangai macam tu ok??

Aku pun dah tak larat nak marah-marah,sekali marah sesaat kau diam,pastu bising lagi,bising lagi,memang kamu semua ni penternak tahi telinga yang berjaya la.bravo bravo.

Kalau nak pukul,nanti tak pasal-pasal mak ayah kau datang marah-marah aku,kalau nak dinasihat, masuk telinga kanan,berdezuppp keluar kot telinga kiri, nak dimarah sejuta kali pun kau buat pekak je,baik tak payah.

Esok-esok aku sambung lagi. Bukan setakat boleh kena darah tinggi, boleh menopaus awal la kalau macam ni hari-hari.

2 comments: